Sebelum menghantar kereta anda ke pusat servis, anda perlu mempelajari beberapa komponen kereta penting supaya anda mudah faham apabila mekanik terangkan kepada anda. Banyak pemandu yang menjaga bahagian luaran kendaraan sahaja, seperti tayar atau wiper, kerana keadaannya yang senang dilihat dan dijaga. Tetapi apabila datang ke bahagian dalam yang tidak kelihatan, pemandu tidak risau untuk selenggara bahagian tersebut. Beberapa komponen yang tidak terlihat dan mesti dijaga dan diberi perhatian.
Radiator Kendaraan
Walaupun nama macam gladiator memang radiator penting untuk memastikan kereta berjalan. Kendaraan anda memerlukan tenaga untuk mencetuskan bahan kimia yang membolehkan ia berjalan. Enjin cenderung panas dengan cepat masa kendaraan berjalan dan radiator mengelakkan enjin dari terlalu panas. Selain itu, radiator juga membuatkan suhu enjin stabil.
Radiator adalah bahagian terpenting dari sistem penyejukan. Biasanya terletak berhampiran dengan enjin dan mempunyai thermostat untuk memastikan enjin tidak terlalu panas. Tanpa radiator, banyak bahagian logam didalam kendaraan akan mencair. Enjin yang terlalu panas juga dapat menyebabkan kereta tak boleh start.
Penapis Udara di Enjin Kereta
Mempunyai fungsi untuk menapis udara melalui enjin dan menangkap kotoran ataupun serpihan. Apabila penapis menjadi kotor, ia tidak dapat menapis udara seperti sedia kala. Hal ini kerana, enjin menjadi terdedah kepada kotoran dan perlu bekerja lebih keras untuk menapis udara pada enjin dan mengganggu perjalanan anda. Penapis udara yang sudah tua boleh pecah dan masuk ke dalam enjin dan boleh mengakibatkan enjin rosak.
Sama dengan bateri kendaraan, pemandu disarankan supaya mengganti penapis udara dengan lebih kerap untuk mendapatkan jarak tempoh yang optimum dan meningkatkan jangka hayat kereta.
Alternator Kendaraan
Untuk enjin supaya berjalan dengan sempurna, alternator juga harus bekerja untuk memberikan tenaga yang kendaraan anda perlukan. Bukan itu sahaja, alternator juga menjadi komponen yang mengecas bateri kendaraan anda agar ia dapat tahan lebih lama dan stabil sehingga bateri kendaraan tidak cepat kong atau lemah.
Tanpa alternator, kendaraan boleh berjalan tetapi hanya sebahagian energi bateri kendaraan sahaja. Selepas bateri habis, kendaraan akan mati dan tidak boleh dihidupkan. Alternator yang rosak dapat menyebabkan masalah kepada komponen yang lain. Kerana kos bayaran yang cukup mahal, pemandu dinasihatkan untuk melakukan selenggara untuk alternator dengan lebih kerap untuk memastikan kesihatan kendaraan.
Bateri Kereta
Pemandu kereta sudah semestinya tahu tentang bateri. Contohnya seperti ia mempunyai fungsi menukar reaksi kimia ke energi elektrik bagi kendaraan, bateri memastikan enjin terus hidup dan boleh berjalan. Kerana dengan adanya tenaga elektrik ini, anda boleh menghidupkan penyaman udara, mendengar bunyi radio, menghidupkan lampu kendaraan dan macam-macam lagi.
Sekiranya penyaman udara tidak lagi sejuk atau kereta tidak boleh dihidupkan, hal ini boleh disebabkan bateri tidak mempunyai kuasa yang cukup kerana alternator rosak ataupun kehabisan bateri. Pelbagai cara penjagaan bateri kereta dapat anda lakukan untuk menjaga bateri anda supaya kekal sihat dan boleh digunakan. Sediakan masa untuk melakukan selenggara kepada bateri anda untuk menambah jangka hayat bateri kendaraan dan berhati-hati.
Sekiranya kendaraan anda tidak dapat dihidupkan ataupun bateri kong ditepi jalan, sila hubungi Century Battery Assist kat 1-800-228837 dan kami akan selesaikan masalah bateri kereta anda dari penghantaran, pemasangan dan servis di Klang Valley 24 jam secara percuma! Ingat sediakan payung sebelum hujan, simpan nombor ini dan tengok kat facebook Century Battery untuk informasi lebih lanjut.