Memandu bersama keluarga untuk pulang ke kampung adalah alternatif yang sangat menyenangkan. Namun, macam-macam masalah boleh timbul dan menggangu perjalanan anda. Apa yang boleh terjadi? Kereta mati secara tiba-tiba, kereta tak boleh start ataupun bateri kereta kong. Ini boleh menimbulkan ketidakselesaan sepanjang perjalanan kepada keluarga anda!

Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan teliti sebelum memulakan perjalanan jauh. Pemeriksaan ringkas boleh dilakukan oleh anda sendiri atau anda boleh ke bengkel kereta!

Berikut kami kongsikan 5 tip yang anda perlu tahu.

 

Battery kereta

Lakukan Pemeriksaan Komponen Kereta

Periksa komponen-komponen penting kenderaan seperti radiator, brek, minyak hitam, dan juga aircond. Pastikan jangka hayat bateri kenderaan anda masih elok untuk mengelakkan masalah sewaktu perjalanan. Selain itu, periksa juga keadaan semua tali sawat di bahagian enjin. Pastikan semua tali sawat berada dalam keadaan baik, tidak merekah atau hampir putus. Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar pada setiap 100,000km. Manakala untuk tali sawat pemasaan adalah berbeza bergantung pada buku manual kenderaan anda.

Periksa Keadaan Tayar Kereta

Selain bateri kereta, tayar merupakan antara bahagian yang penting untuk diteliti. Jika rosak atau tidak diselenggara dengan baik, ia boleh mengundang bahaya yang boleh mengancam nyawa anda, penumpang, ataupun pengguna jalan raya lain. Pastikan tayar anda cukup angin dan tekanannya tidak terlampau tinggi. Keseimbangan tayar depan dan belakang juga harus diperiksa.

Tambahan pula, anda sangat disarankan untuk menyediakan tayar ganti sekiranya kejadian tidak diingini berlaku dalam perjalanan.

Berikut merupakan indikasi pada tayar anda:

  1. Tayar ‘botak’ pada kedua bahagian bahu ialah kerana keadaan tekanan angin tidak mencukupi ketika berjalan.
  2. Jika tayar ‘botak’ pada bahagian tengah, disebabkan tekanan angina tayar terlalu tinggi.
  3. Tayar ‘botak’ pada bahagian sebelah sisi kerana perjajaran (alignment) yang tidak betul.

Lampu Berfungsi dan Menyala

Enjin dan tayar merupakan dua perkara yang perlu dititik beratkan ketika memeriksa kenderaan. Lampu juga memainkan peranan yang amat penting. Ini ialah untuk memastikan pemanduan yang lebih lancar dan selamat. Pastikan semua lampu berfungsi dan menyala dengan baik. Dengan ini, keselamatan anda dan keluarga serta pengguna jalan raya lain boleh terjamin dan perkara tidak diingini dapat dielakkan. Jika anda tak yakin boleh menukar lampu kereta sendiri, anda boleh rujuk ke bengkel kereta.

Air Pengelap Cermin (Wiper)

Ramai yang mudah terlupa untuk memeriksa aras air pengelap cermin kenderaan mereka. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan air wiper anda diisi penuh terlebih dahulu. Anda juga boleh mengisi air sabun supaya cermin lebih bersih dan licin. Ini dapat membantu melancarkan perjalanan anda sekeluarga.

Pastikan Kelengkapan Kit Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

Dalam perjalanan jauh, banyak kemungkinan boleh terjadi. Sentiasa pastikan First Aid Kit tersedia di dalam kenderaan anda. Ini boleh memudahkan anda sekiranya perkara tidak diingini berlaku dalam perjalanan. Kain pembalut, pita pelekat, pad kasa, aspirin, kapas antiseptic, krim antiseptic, dan lain-lain selalunya disediakan lengkap di dalam First Aid Kit.

 

Jika anda tidak yakin untuk melakukan pemeriksaan sendiri, anda juga boleh melakukan pemeriksaan di bengkel kereta. Tetapi, jika setelah melakukan pemeriksaan, anda mengalami masalah dan tersadai di tepi jalan, sila hubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. !

Tukar bateri kenderaan anda hanya dengan satu call sahaja! Selain itu, Anda boleh mendatangi kedai bateri atau bengkel kereta berdekatan untuk memeriksa bateri kereta anda.

 

Jangan lupa untuk sediakan payung sebelum hujan, layari Facebook Century Battery untuk maklumat lebih lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *