KEPENTINGAN PEMERIKSAAN SISTEM PENGECAS BATERI KERETA
Sistem pengecas bateri kereta amat penting untuk memastikan kereta anda kekal hidup dan berjalan dengan menggunakan kedua-dua alternator dan bateri kereta. Tidak ramai yang tahu apa kegunaan sistem pengecas bateri kereta. Jadi untuk entry kali ini, terdapat sedikit perkongsian mengenai cara melakukan pemeriksaan terhadap sistem pengecas bateri kereta supaya anda dapat mengetahui keadaan bateri kereta anda, samada ianya masih boleh digunakan atau sudah tiba waktu untuk anda tukar bateri kereta!
Anda perlu mengetahui apakah kepentingan pemeriksaan sistem pengecas bateri kereta kerana salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan bateri atau bateri kereta kong adalah kerana sistem pengecas bateri kereta yang tidak teratur. Selain itu cas bateri kereta yang berlebihan juga akan menyebabkan penghasilan gas yang berlebihan, dan ini boleh menyebabkan air bateri kering. Akhir sekali, kekurangan cas pula akan menyebabkan bateri kehilangan kuasa eletrik.
LANGKAH PEMERIKSAAN SISTEM PENGECAS BATERI KERETA
Bilakah waktu yang sesuai untuk anda melakukan pemeriksaan sistem pengecas bateri kereta ini? Ia boleh dilakukan samada sebelum anda menggantikan bateri kereta yang baru atau sebelum anda membuat tuntutan waranti. Jadi anda tak perlu berpanas di bawah cahaya matahari terik apabila kereta tak boleh start secara tiba-tiba. Di bawah terdapat langkah mudah untuk anda memeriksa sistem pengecas bateri kereta anda!
Sebelum menjalankan pemeriksaan sistem pengecas bateri kereta anda, sila pastikan volt meter anda dalam keadaan baik. Ini bagi memastikan setiap bacaan yang diambil adalah tepat. Yang kedua, set kan digital multimeter pada setting DC (direct current). Bersihkan terminal bateri sekiranya terdapat sulfation. Padamkan enjin dan semua aksesoris.
- Dapatkan base voltage yang pertama ataupun ditanda sebagai V1. Sekiranya bacaan base voltage adalah di antara 12.50 ke 12.70, bateri kereta adalah dalam keadaan baik. Dan sekiranya bacaan kurang daripada 12.50, anda perlu cas bateri kereta anda semula. Jika bacaan bateri melebihi 12.70, anda perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya 1 jam untuk menyejukkan bateri kereta.
- Hidupkan kereta dan pastikan semua aksesori kereta di padamkan ketika menjalankan pemeriksaan sistem pengecas bateri kereta.
- Rev RPM sehingga 2000RPM. Ketika RPM 2000, sila ambil voltan yang kedua atau ditanda sebagai V2.
- Hidupkan semua aksesori kereta, lampu, kemudian rev rpm hingga 2000 dan ambil bacaan voltan yang ketiga yang ditanda sebagai V3.
ADAKAH SISTEM PENGECAS BATERI DALAM KEADAAN BAIK
Setelah semua bacaan diambil, sila rujuk jadual pengiraan bagi memastikan samada kiraan anda itu adalah overcharging ataupun undercharging. Cara untuk mengira sistem pengecas bateri kereta adalah seperti berikut:
- Tolak V1 dari V2 (V2 – V1), dimana nilainya tidak boleh melebihi daripada 2 volt. Jika ia melebihi 2 volt daripada base voltage, kemungkinan besar alternator anda telah overcharge. Ini bermakna anda tidak perlu tukar bateri kereta yang baru tetapi anda perlu menggantikan alternator dahulu.
- Bagi kekurangan cas bateri atau undercharge, anda perlu menolak V1 dari V3 (V3 – V1) dan nilainya tidak boleh kurang daripada 0.50 volt. Jika ianya kurang daripada 0.50 volt, ini menunjukkan bahawa alternator and kekurangan cas. Dalam hal ini anda tidak perlu tukar bateri kereta yang baru tetapi anda perlu menukar alternator dahulu. Kemungkinan besar jika ianya tidak ditukar, boleh menyebabkan alternator rosak.
Ketahui lebih lanjut mengenai Bateri Kereta Kong atau Alternator yang Rosak.
- Anda juga boleh memeriksa puli kereta kerana kemungkinan wayar anda bermasalah dan bukannya sistem pengecas bateri kereta anda yang mempunyai masalah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah dan cara pengiraan sistem pengecas bateri kereta yang betul anda boleh menonton video lengkap tentang Bagaimana Menjalankan Pemeriksaan Sistem Pengecasan Kereta.
Anda boleh melakukan pemeriksaan sistem pengecas bateri kereta untuk kenderaan anda dengan mengikuti langkah mudah diatas. Namun jika setelah mengikuti langkah mudah ini dan kereta anda mula menunjukkan tanda bateri kereta lemah, anda boleh menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. Order bateri kereta anda secara online!
Kami akan menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan penghantaran percuma, pemasangan dan servis percuma berdasarkan jenis bateri anda di Klang Valley 24 jam!
Anda tidak perlu lagi ke kedai bateri atau bengkel kereta berdekatan untuk periksa bateri kereta anda dengan servis bateri kereta online Baterry Assist! Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.
Kereta yang baik bermula dari bateri kereta yang tahan lasak dan tahan lama? Oleh itu, anda harus menjaga kereta anda dengan baik ibarat menatang minyak yang penuh! Layari Facebook Century Battery untuk maklumat lebih lanjut!