Jumpstart & Tips / Posted on

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Sebagai pengedar elektrik bagi kereta, bateri kereta ialah sebuah komponen penting. Supaya tidak dapat pengalaman aircond kereta tidak sejuk, cermin tingkap tidak boleh dibuka atau ditutup, bunyi radio lemah dan lampu kereta tidak menyala, bateri kereta harus dijaga dengan kerap. Sememangnya apabila enjin dihidupkan, bateri akan di caj secara automatik tetapi walau bagaimanapun anda harus menjaga bateri kendaraan anda supaya dapat bertahan dan tidak mati sebelum waktunya.

Berikut ini pelbagai cara penjagaan bateri anda supaya dapat tahan lebih lama.

  1. Periksa Voltan Bateri Kereta

Untuk menghindari bateri kereta anda kong, pastikan voltan bateri diperiksa dan di caj penuh oleh mekanik semasa anda menghantarkan kereta untuk servis ataupun diselenggara. Bergantung pada jenis bateri dan saiz bateri kereta, biasanya bateri yang baik mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Cara terbaik untuk menjaga jangka hayat bateri kereta anda ialah dengan memastikan ianya diperiksa setiap 5,000 kilometer ataupun 3 bulan sekali.

  1. Semak Terminal Bateri Secara Berkala

Sebagai penghubung kutub positif dan negatif pada bateri kendaraan, ia juga harus diberi perhatian. Kemunculan karat, kakisan, kulat dan kedudukan longgar boleh mencetus masalah pada bateri kendaraan anda dan boleh menjejaskan jangka hayat bateri kereta. Sebelum membersihkan terminal bateri, tanggalkan dan jauhkan kabel sambungan terlebih dahulu daripada terminal bateri. Bersikan terminal bateri dengan bacuhan air dan soda bikarbonat, gosok perlahan-lahan dengan berus hingga bersih. Pasang kembali bateri dengan kedudukan sebelumnya.

  1. Panaskan Kereta

Apabila kereta tidak digunakan, kuasa bateri akan berkurang. Akibatnya, ketika kereta diam selama berminggu-minggu, ada kemungkinan kereta tidak boleh di start atau aircond kereta tidak sejuk kerana bateri kong atau lemah. Masa ini dipanggil self-discharge atau pelepasan diri dari bateri kendaraan. Oleh itu, jika anda ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang panjang, mintalah seseorang untuk memanaskan kereta anda sekurang-kurangnya 15 minit setiap minggu dan panaskan kereta anda sebelum dipandu.

  1. Amati Sistem Pengisian Bateri Kereta

Seperti yang kita ketahui, bateri kereta akan tercaj secara automatik apabila dihidupkan. Apabila anda sering memandu kereta anda, tiba-tiba bateri kereta kong atau lemah dan keluar tanda pada dashboard kereta anda, itu bermakna ada yang tidak kena dengan sistem pengisiannya, kerana ia tidak berfungsi dengan baik. Lakukan servis pada sistem pengisian di bengkel berdekatan untuk mengetahui masalah sebenar dan memanjangkan jangka hayat bateri kereta sebelum kereta anda mati dan tidak dapat dihidupkan di tepi jalan.

  1. Menghidupkan Alat Elektrik Ketika Kereta Tidak Berjalan

Ketika anda parkir kereta ditambah pula dengan cuaca yang panas, sudah tentu anda akan menghidupkan aircond, radio dan mengecaj barang elektrik anda. Banyak tenaga yang diperlukan oleh bateri kerana kereta tidak berjalan dan tidak mengecaj bateri kendaraan. Tenaga yang berkurang dan tidak seimbang dengan pengisian kuasa boleh menyebabkan masalah bateri dan mengganggu jangka hayat bateri kereta. Jangan terkejut jika bateri kong dan kereta tidak boleh dihidupkan jika anda terus melakukan perkara ini untuk masa yang lama.

Oleh itu, mulai sekarang, sekiranya anda mempunyai masalah kereta tidak boleh dihidupkan ataupun bateri kong ditepi jalan. Anda haruslah segera hubungi Century Battery Assist di 1-800-228837 dan kami akan selesaikan masalah bateri kereta anda dari penghantaran, pemasangan dan servis di Klang Valley 24 jam secara percuma! Ingat sediakan payung sebelum hujan, simpan nombor ini dan tengok di Facebook Century Battery untuk maklumat lanjut.

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama