Jumpstarts BM / Posted on

5 Tanda Bateri Kereta Kong Atau Rosak Yang Perlu Anda Tahu

5 Tanda Bateri Kereta Kong Atau Rosak Yang Perlu Anda Tahu

Ramai pemilik kereta panik apabila masalah kereta berlaku kepada mereka, terutamanya di tempat letak kereta setelah membayar yuran parkir, dan pada masa-masa yang penting seperti sebelum ke kerja. Sebahagian masalah ini adalah disebabkan oleh bateri kereta kong. Sebenarnya, selain daripada mengambil tahu jenis bateri kereta anda sama ada bateri kereta basah ataupun bateri kereta kering, anda juga harus tahu tanda-tanda bateri kereta kong. Kebanyakkan masalah kereta yang terjadi boleh dihindari jika pemilik kereta tahu tanda-tanda bateri kereta sudah lemah atau rosak dan berwaspada akan keadaan keretanya.

Apakah tanda-tanda bateri kereta kong atau rosak?
 
1. Kereta susah nak start
 
Tanda yang paling jelas sekali adalah apabila kereta susah nak start. Senang sahaja untuk kenalpasti tanda ini. Semasa anda ingin menghidupkan kereta, anda perlu memulas kunci beberapa kali kerana kereta anda tidak dapat hidup dengan sekali pulasan seperti sebelum ini. Ini adalah tanda awal bateri kereta sudah lemah atau bateri kereta kong. Lebih teruk lagi jika anda terpaksa jump start kereta anda.

5 Tanda Bateri Kereta Kong Atau Rosak Yang Perlu Anda Tahu | Century Battery

 
2. Lampu kereta malap
 
Hal ini agak susah untuk pemilik kereta perasan jika duduk di kawasan bandar yang terang tetapi ia termasuk dalam salah satu tanda bateri kereta kong.
 
3. Bau seperti telur busuk
 
Jikalau bateri kereta rosak, kadang-kadang ia akan mengeluarkan bau yang busuk seperti telur yang sudah rosak. Hal ini berlaku akibat terdapat litar pintas pada bateri kereta anda dan kebocoran asid sulfurik akan mengeluarkan bau gas yang busuk. Ini juga adalah salah satu tanda bateri kereta kong. Tindakan perlu diambil segera jika hal ini berlaku kerana ia boleh merosakkan komponen lain dalam kereta anda.

5 Tanda Bateri Kereta Kong Atau Rosak Yang Perlu Anda Tahu | Century Battery
 
4. Badan bateri bengkak
 
Selain daripada bau yang busuk, anda juga boleh periksa keadaan badan bateri kereta anda untuk tahu bahawa ia masih elok ataupun sudah rosak dan perlukan pertukaran. Badan bateri kereta yang rosak akan nampak sedikit bengkak sama seperti bateri telefon bimbit yang sering menghadapi masalah ini. Walaupun kereta anda masih boleh dihidupkan, disarankan supaya anda bertukar kepada bateri kereta yang baharu untuk mengelakkan masalah kereta yang lain selain bateri kereta kong.

 

Tidak susah untuk menjaga bateri kereta. Anda hanya perlu periksa keadaan bateri kereta anda secara berkala dan mengambil berat dengan semua tanda-tanda bateri kereta kong atau rosak di atas. Segala masalah kereta tak boleh start boleh dielakkan jika anda mula untuk menjaga bateri kereta anda dan juga semua komponen di dalam kereta.

 

Tetapi, jika anda masih mengalami masalah kereta akibat daripada bateri kereta kong sebelum ke kerja, selepas keluar makan tengahari, mahupun bila anda ingin keluar di tengah malam, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh terus menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837 untuk order bateri Century, bateri kereta terbaik anda sekiranya anda berada di dalam kawasan Lembah Klang. Kami sentiasa bersedia 24/7 untuk kemudahan anda.

 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli bateri Century menerusi kedai rasmi kami di Lazada dan Shopee selain daripada membuat pembelian menerusi dealer Century. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri kereta yang berdekatan dengan anda.

 

Ikuti Facebook dan Instagram Century Battery Malaysia untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi-promosi sekarang!

5 Tanda Bateri Kereta Kong Atau Rosak Yang Perlu Anda Tahu