Jumpstarts BM / Posted on

Century Excel Tahan Lebih Lama: Bateri Kereta Terbaik

Bateri Century telah berada di industri automatif melebihi 50 tahun dan ianya berkualiti dan tahan lebih lama daripada bateri kereta yang lain. Century Excel sangat sesuai digunakan pada kereta-kereta jenis heavy-duty kerana daya ketahanan bateri kereta ini adalah lebih lama berbanding dengan bateri kereta biasa. Century Excel boleh memberikan penjagaan yang baik untuk kereta anda. Bateri ini juga amat sesuai untuk kereta-kereta yang menggunakan diesel seperti AUV, van dan trak.

Zaman sekarang ini banyak peralatan elektrik canggih sentiasa digunakan di dalam kereta dan peranan bateri kereta sebagai bekalan kuasa telah menjadi semakin penting. Jadi, bateri kereta yang tahan lebih lama dan berprestasi tinggi telah menjadi faktor utama yang sentiasa dipertimbangkan oleh pemilik kereta. Oleh itu, adalah sangat disarankan supaya anda menggunakan bateri kereta Century Excel yang direka khas untuk prestasi tahan lebih lama. Century Excel sesuai dengan kereta anda dan juga dapat memenuhi keperluan dan beban caj tinggi dalam sistem kereta anda.

Century Excel Tahan Lebih Lama: Bateri Kereta Terbaik | Century Battery

Century Excel mempunyai banyak kelebihan yang menjadikan ia tahan lebih lama. Antaranya adalah:

  • REKA BENTUK DOUBLE RING – Ikatan yang lebih baik di antara terminal dan Penutup PP untuk mengelakkan resapan asid.
  • TERMINAL RINTANGAN TORK YANG TINGGI – Terminal bateri yang lebih kukuh untuk menghalang putaran ketika mengapit
  • REKA BENTUK STRAP YANG DITAMBAH BAIK – Reka bentuk semula strap dan IC Weld untuk meningkatkan ketahanan dalam keadaan jalan yang tidak rata.
  • PLAT NEGATIF BARU DAN ELEKTROLIT YANG DITAMBAH BAIK – Meningkatkan rintangan hakisan dan mengurangkan kehilangan air
  • REKA BENTUK BEKAS DAN SEL YANG BERTAMBAH BAIK – Penggunaan elemen yang padat untuk ketahanan getaran yang lebih tinggi

Anda akan menjadi lebih yakin apabila anda menggunakan bateri kereta yang boleh dipercayai dan tahan lebih lama jika anda memilih Century Excel.

Teknologi EFB dalam Century Excel

Bateri kereta Century Excel juga terdapat jenis bateri Enhanced Flooded Batteries atau singkatannya EFB. Bateri ini sangat berbeza dengan bateri standard flooded ataupun bateri kering yang biasa. Bateri Century-Excel yang terdapat teknologi EFB adalah sesuai untuk kereta jenis start-stop. Bateri EFB Century Excel terdapat 3 kali ganda daya kitaran, penerimaan caj melebihi 130% dan kuasa cranking melebihi 115%. Dengan teknologi EFB ini, Century Excel boleh menampung penggunaan peralatan elektronik yang mempunyai beban tinggi di dalam kereta anda.

Oleh itu, terbuktilah Century Excel tahan lebih lama berbanding dengan bateri kereta yang anda sedang gunakan sekarang! Jadi, tidak kiralah jika anda mempunyai kereta jenis start-stop ataupun kereta biasa, bateri kereta Century Excel adalah bateri kereta terbaik untuk anda.

Nak tahu lebih lanjut? Anda boleh terus layari https://centurybattery.com.my/ms/century-excel/ untuk lebih maklumat mengenai bateri kereta Century Excel yang tahan lebih lama ini.

Jika anda mempunyai masalah bateri kong, anda boleh terus menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. Penghantaran adalah percuma di Lembah Klang. Pesan bateri Century, bateri kereta terbaik anda secara online! Kami akan menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan penghantaran, pemasangan dan servis percuma berdasarkan jenis bateri kereta anda. Kami sentiasa berkhidmat 24 jam di Lembah Klang!

Anda juga boleh mengunjungi kedai bateri kereta atau bengkel kereta berdekatan untuk tukar bateri kereta anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Century Excel Tahan Lebih Lama: Bateri Kereta Terbaik