Uncategorized / Posted on

Century Marathoner Max: 2X Lebih Tahan, 2X Lebih Start

Setelah berada di dalam perkhidmatan bateri kereta selama 60 tahun, tidak dinafikan Century Battery sentiasa menawarkan produk kecemerlangan kepada semua penggunanya. Dengan itu, sempena meraikan ulang tahun ke-60 Century Battery, bateri kereta baharu yang mempunyai lebih banyak kelebihan iaitu Century Marathoner Max kini boleh diperolehi orang ramai. Century Marathoner Max dengan teknologi baru ini adalah bateri kereta yang direka khas untuk jangka hayat lebih lama kerana ia mempunyai dua kali lebih daya tahan kitaran berbanding dengan bateri kereta lain. Di samping itu, Century Marathoner Max juga cekap dari segi cas semula bateri kereta dan seterusnya memberikan jangka hayat perkhidmatan yang tahan lebih lama.

Century Marathoner Max

Dengan penggunaan kereta dan juga barangan elektonik di dalam kereta yang semakin kerap dari hari ke hari, pemilihan bateri kereta adalah perkara yang paling penting untuk diambil kira. Seperti namanya, “Century Marathoner Max: 2X Lebih Tahan, 2X Lebih Start”. Bateri kereta lebih “heavy-duty” ini menawarkan prestasi 2 kali ganda lebih penghidupan enjin untuk pengguna.

 

Kelebihan Century Marathoner Max

Century Marathoner Max mempunyai kelebihan 2 kali lebih tahan dan 2 kali lebih start adalah kerana ia dilengkapi dengan plat jenis tropika yang tahan kepanasan. Plat jenis tropika ini amat berkesan dalam pencegahan pembentukan kristal plumbum sulfat yang disebabkan oleh cuaca panas. Di samping itu, dengan penambahan komposisi optimum untuk asid sulfurik dan bahan, ia membolehkan jangka hayat Century Marathoner Max tahan 2 kali lebih lama.

Formula tampal DENXITA baru yang padat turut memaksimumkan pemakaian bahan aktif, meningkatkan kekonduksian plat dan dapat menghasilkan 2 kali lebih penghidupan enjin dengan kuasa yang maksimum. Elektrolit anti-sulfasi juga mempunyai fungsi pencegahan pembentukan kristal plumbum sulfat dan membolehkan Century Marathoner Max cas semula dengan cepat. Dengan adanya ciri-ciri bateri kereta tahan lama ini, Century Marathoner Max dapat memberikan prestasi yang boleh dipercayai kepada penggunanya.

Century Marathoner Max ini telah diuji secara dalaman dengan Piawaian Perindustrian Jepun dan terbukti bahawa kitaran hayat bateri kereta baharu ini bukan sahaja mematuhi malah melebihi piawaian iaitu sebanyak 2880 berbanding piawaian kitaran hayat sebanyak 1300. Dengan itu, kereta yang menggunakan bateri ini akan menikmati perjalanan yang tahan lebih lama daripada biasa.

Oleh itu, terbuktilah Century Marathoner Max adalah bateri kereta terbaik untuk anda.

 

Cari Bateri Anda

Jika anda mempunyai masalah bateri kereta lemah atau sudah tiba masa untuk tukar bateri kereta, anda boleh terus menghubungi penjual Century Battery di Malaysia. Kini anda juga boleh membeli bateri Century yang baru, Century Marathoner Max. Untuk pertanyaan harga bateri kereta, anda boleh mengunjungi kedai bateri kereta atau bengkel kereta berdekatan anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Century Marathoner Max: 2X Lebih Tahan, 2X Lebih Start