Jenama bateri automotif yang paling anda percayai

Selama lebih dari 50 tahun, Century Motolite Battery Sdn. Bhd. (CMB) telah menyediakan pemandu dengan bateri automotif yang kuat, boleh dipercayai dan cekap. Hari ini, Century adalah salah satu daripada peneraju bateri automotif terkemuka dan paling terkenal di Malaysia.

Pada tahun 2006, Century Motolite Battery Sdn. Bhd. (CMB) telah dimiliki oleh Philippine Batteries Incorporated (PBI), yang merupakan salah satu pusat pengilangan bateri terbesar dan termoden di Asia Tenggara. Melalui kerjasama ini, CMB kini dilengkapi dengan sokongan kemudahan pengilangan inovatif canggih dan ditempatkan di kawasan seluas 18 hektar yang menghasilkan bateri automotif bertaraf dunia.

Ciri-ciri antarabangsa yang dimiliki dengan landasan yang kukuh di rantau Asia menawarkan kelebihan daya saing kepada pengedar- pengedar dan kami telah memperluaskan capaian pasaran dengan menubuhkan pejabat jualan di setiap bandar utama untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan pantas.

Di Malaysia, CMB mempunyai rangkaian pengedar yang luas di seluruh kawasan Semenanjung and Malaysia Timur serta kami juga mempunyai kedudukan yang kukuh dalam pasaran OEM di Malaysia. Kami kini membekalkan bateri OEM kepada jenama-jenama automotif kenderaan utama serta memenuhi keperluan bateri di beberapa sektor kerajaan di Malaysia.

Di CMB, kami percaya hubungan jangka panjang jauh lebih bermanfaat daripada janka pendek dalam perkembangan syarikat kami. Oleh itu, kami sangat menghargai pelanggan kami dan kami akan terus berusaha untuk memelihara kepercayaan yang diberi terhadap jenama kami dengan menyediakan produk dan khidmat yang berkualiti dan konsisten.

Dengan ini, kami percaya hubungan yang terjalin akan lebih erat dan menguntungkan dan membantu kami menuju ke masa depan yang lebih cerah.