Kepimpinan Pasaran melalui Inovasi IT

Inovasi IT

Sebagai peneraju industri, CMB telah menerima pakai inovasi IT terkini seperti SAP Sistem Perancangan Sumber Daya (ERP). Sistem ini mengintegrasikan pengurusan maklumat dalaman dan luaran di seluruh organisasi kami meliputi bahagian kewangan, pembuatan, jualan dan perkhidmatan, hubungan pelanggan, pengurusan dan banyak lagi.

Di samping meningkatkan kecekapan organisasi, pengedar-pengedar kami juga mendapat manfaat apabila pertanyaan dan keperluan mereka mendapat respons yang cepat. Inisiatif-inisiatif ini telah mengkukuhkan kedudukan dan kempimpinan kami dalam industri.

Inovasi Produk

Waranti Lanjutan

Kami merupakan SATU-SATUNYA dan syarikat PERTAMA yang telah diperakui oleh SIRIM kerana memberikan jaminan terpanjang untuk bateri-bateri   kami di negara ini. Ini dapat dilakukan melalui R&D dan pelaburan dalam teknologi baru. Di dalam kemajuan pasaran kenderaan diesel yang semakin meningkat, jaminan waranti paling lama untuk bateri diesel juga dari Century, yang menjadi testimoni tambahan membuktikan tentang kempimpinan kami dalam industri.

centurybattery