Jumpstarts BM / Posted on

Ketahui Kegunaan Bateri Kereta EFB

Ketahui Kegunaan Bateri Kereta EFB

Selain daripada kereta Mazda, kini kereta buatan tempatan Malaysia – Perodua juga mempunyai teknologi “Start-Stop”. Teknologi “Start-Stop” dari Perodua dikenali sebagai Eco Idle, manakala untuk Mazda, enjin teknologi “Start-Stop” dikenali sebagai i-stop. Bateri kereta dengan teknologi EFB direka untuk versi bateri lebih baik berbanding jenis bateri kereta biasa. Antara kereta yang sesuai digunakan adalah Perodua Myvi 1.3L X, Myvi 1.5L H, Myvi 1.5L AV, Bezza 1.3 Advance, Mazda 2 Skyactiv, Mazda 3 Skyactiv, Mazda 6 Skyactiv, Mazda CX-3 Skyactiv, Mazda CX-5 Skyactiv and Mazda CX-9 Skyactiv. Jadi, apa sebenarnya kegunaan bateri EFB ini? Berikut merupakan 3 sebab yang anda perlu tahu tentang bateri EFB sebelum tukar bateri kereta anda:

Ketahui Kegunaan Bateri Kereta EFB | Century Battery

 

1) Ketahui jika bateri kereta anda memerlukan bateri EFB

Adakah kereta anda mempunyai teknologi “Start-Stop”? Jika ya, Bateri Century adalah pilihan bateri kereta yang terbaik buat kereta anda. Bateri EFB ini telah dikaji untuk menjadikan versi bateri yang lebih baik dengan hayat bateri kereta lebih lama. Bateri EFB juga sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah bateri kereta lemah.

Ketahui Kegunaan Bateri Kereta EFB | Century Battery

 

2) Kegunaan Teknologi EFB

Bagi mengelakkan masalah bateri kereta lemah, Bateri EFB Century terdapat 3 kali ganda daya kitaran, penerimaan caj melebihi 130% dan kuasa cranking melebihi 115%. Bateri Century dengan teknologi EFB boleh tahan lebih lama semasa beroperasi. Sudah pasti lebih menjimatkan untuk hayat bateri kereta yang lebih terjamin untuk kereta start-stop anda.

 

3) Jenis Bateri Kereta EFB dari Century

Bateri Century dengan teknologi EFB telah dikaji untuk pilihan utama pengguna. Antara jenis bateri kereta EFB dari Century Battery:

 batteries-lineup

 

Di Mana Anda Boleh Dapatkan Century Battery dengan teknologi EFB?

Sekiranya anda berminat dengan bateri EFB dari Century Battery, anda boleh melayari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut. Anda boleh melayari PENCARI PENGEDAR untuk mengetahui kedai bateri kereta yang mana berhampiran dengan kawasan anda. Datang sekarang ke kedai bateri kereta yang terdekat di kawasan anda untuk berasa lebih hebat dengan teknologi EFB baru kami!

Untuk pemeriksaan bateri kereta lemah, penyelenggaraan bateri kereta atau perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bateri percuma 24/7 di Lembah Klang, hubungi kami di 1-800-228837. Jangan lupa lawati laman Facebook kami untuk mendapatkan berita terkini tentang kemas kini produk terbaru.

Ketahui Kegunaan Bateri Kereta EFB