Jumpstarts BM / Posted on

Nak Beli Kereta Terpakai? Baca Tips Ini Dulu!

Bukan semua orang boleh memiliki kereta pada zaman ekonomi yang gawat ini. Tetapi jika kita lihat dari masa ke semasa, penggunaan kereta semakin menjadi lebih kepada keperluan dan bukannya kehendak. Seiring dengan perkembangan dunia, pengeluaran kereta juga kian maju dan sudah pastinya lebih mahal berikutan wujudnya teknologi-teknologi baharu. Jadi, makin susahlah untuk segelintir orang untuk memiliki sebuah kereta. Walaupun begitu, sebenarnya anda juga boleh membeli kereta untuk penggunaan harian. Tanpa memerlukan wang ringgit yang banyak seperti membeli kereta baru, kereta terpakai atau kereta second hand ini ada dijual dengan harga yang lebih murah.

Tetapi jika bercakap mengenai kereta second hand, ramai yang tidak berani untuk menjejakkan kaki ke tapak penjualan kereta terpakai. Hal ini kerana ramai yang tidak tahu cara jual beli kereta terpakai ataupun apa perkara penting yang perlu diketahui jika seseorang ingin membeli kereta second hand. Ikuti tips di bawah jika anda ingin membeli kereta terpakai!

 

1. Cek harga kereta terpakai online

Pertama sekali, anda perlu cek harga-harga kereta terpakai ini di internet supaya anda boleh tahu berapa harga jualannya dan juga berapa harga yang anda boleh tawarkan. Kebiasaannya, anda boleh menawar harga sehingga 5 – 10% daripada harga asal.

 

2. Periksa keadaan kereta secara menyeluruh

Pastikan anda datang dan periksa kereta terpakai itu sebaik-baiknya sebelum membeli. Lihat semua sudut kereta. Buka semua pintu dan cek keadaan di celah-celah pintu. Jangan lupa juga cek bahagian hood dan boot. Jika tiada tanda-tanda seperti minyak bocor dan sebagainya, maknanya kereta itu terjaga. Jika ada sesuatu yang berkarat, boleh jadi banyak lagi bahagian-bahagian lain yang berkarat di dalam kereta itu yang tersembunyi. Kereta begini perlu dielakkan walaupun ia kereta murah yang dapat menarik minat anda.

 

3. Kereta terpakai itu modified ke tak?

Dinasihatkan supaya anda cari dan beli kereta terpakai yang tidak terlalu sarat modifikasinya. Kebiasaannya, kereta yang terlalu banyak modifikasi ini banyak masalah disebabkan oleh modifikasinya sendiri. Ataupun, lebih teruk lagi jika tuan kereta terpakai tersebut sengaja membuat modifikasi kerana ingin menutup kerosakan-kerosakan yang telah ada pada kereta tersebut! Oleh sebab itu, adalah lebih baik jika anda membeli kereta second hand yang tidak mempunyai apa-apa modifikasi.

 

4. Cek juga mileage kereta

Mileage juga amat penting untuk mengetahui berapa jauh kereta itu telah berjalan selama ia digunakan. Adalah lebih baik untuk sentiasa pilih kereta yang mempunyai low mileage. Kadang-kadang, ada penjual kereta terpakai yang menipu mengenai mileage keretanya. Senang sahaja untuk mengetahui samada dia tipu ataupun tidak. Anda boleh tengok keadaan foot paddle kereta itu. Jika kereta itu mempunyai low mileage tetapi foot paddle kelihatan botak atau haus, boleh jadi tuan kereta itu menipu. Jika ia mempunyai low mileage dengan foot paddle yang cantik, tuan kereta itu tidak menipu. Lagi satu, anda juga boleh mengetahui mileage kereta terpakai itu melalui keadaan steering dan juga gear lever. Kereta high mileage mempunyai steering dan gear lever yang berkilat akibat selalu digunakan.

 

5. Berhati-hati dengan kereta sambung

Kereta sambung adalah kereta yang telah dicantumkan dengan kereta lain kerana telah berlaku kemalangan yang menyebabkan kereta asal telah dipotong kepada dua bahagian. Jenis kereta terpakai ini memang banyak menimbulkan masalah. Jika di luar negara, kereta sebegini perlu didaftar semua dan diklasifikasikan dengan nombor plat Q. Tetapi kita tidak mempunyai sistem tersebut di Malaysia. Jadi susah bagi kita untuk mengetahui kereta tersebut adalah kereta sambung.

 

6. Minta bantuan kawan mekanik untuk periksa kereta terpakai

Jika anda masih ragu-ragu dengan keadaan kereta terpakai yang menarik minat anda, anda boleh meminta bantuan rakan mekanik anda untuk tolong cek keadaan kereta tersebut. Jika anda tiada rakan mekanik, anda juga boleh meminta bantuan PUSPAKOM kerana mereka memang menyediakan servis ini.

 

7. Jangan lupa cek bateri kereta terpakai itu selepas beli!

Selepas anda selesai dengan urusan jual beli kereta tersebut, jangan lupa untuk periksa bateri yang digunakan. Adakah bateri itu bateri baharu atau lama? Anda hendaklah meminta bateri yang baharu ataupun sekurang-kurangnya periksa keadaan bateri yang digunakan untuk mengelakkan isu kereta rosak secara tiba-tiba. Selain itu, anda juga perlu tahu bateri yang digunakan untuk kereta second hand itu adalah asli ataupun sudah dinaiktaraf kerana bateri kereta boleh dinaiktaraf mengikut modifikasi kereta. Perkara ini adalah amat penting untuk rujukan masa hadapan ketika anda ingin menukar bateri tersebut kepada yang baharu.

 

Dengan beberapa tips di atas, anda boleh bersedia dengan lebih sebelum membeli kereta terpakai. Banyak isu dan masalah yang boleh dikenal pasti ketika memeriksa kereta lama yang ingin dijual. Tetapi jika anda mempunyai masalah bateri kong atau bateri kereta lemah di Lembah Klang, anda boleh menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. Order bateri Century, bateri kereta terbaik anda secara online melalui kedai rasmi Lazada atau Shopee!

 

Kami akan menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan penghantaran, pemasangan dan servis percuma berdasarkan jenis bateri kereta anda. Kami sentiasa berkhidmat 24 jam di Lembah Klang! Anda tidak perlu lagi ke kedai bateri atau bengkel kereta berdekatan untuk tukar bateri kereta anda dengan servis bateri kereta online Baterry Assist!

 

Anda juga boleh melayari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri yang berdekatan dengan anda.

Untuk pengalaman yang lebih baik dan lebih bijak dalam membuat pilihan semasa membeli kereta second hand, marilah kita sama-sama belajar tips-tips bagaimana untuk membeli kereta terpakai! Jom layari Facebook Century Battery untuk maklumat lebih lanjut!

Nak Beli Kereta Terpakai? Baca Tips Ini Dulu!