Jumpstarts BM / Posted on

Panduan Keselamatan Sebelum Tukar Bateri Kereta Sendiri

Media sosial dan internet kini telah membuat trend do-it-yourself (DIY) semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini termasuklah pengguna akan terfikir nak tukar bateri kereta sendiri kalau tiba-tiba bateri kereta kong dan kereta tak boleh start. Dari sumber internet, cara memasang bateri kereta dapat dipelajari dan anda juga mungkin rasa tidak perlu pergi ke bengkel kereta atau tunggu mekanik datang untuk tukar bateri kereta anda. Tetapi, bagaimanakah cara hendak mengendalikan bateri kereta dengan selamat supaya dapat mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku?

Panduan Keselamatan yang penting ketika mengendalikan bateri kereta:

  1. Semak dulu panduan bateri kereta anda

Kenali bateri kereta anda dahulu; langkah-langkah keselamatannya, apa yang perlu dibuat, apa yang dilarang, bahan-bahan kimia di dalamnya dan sebagainya supaya anda dapat mengendalinya dengan selamat. Panduan ini biasanya tercatat pada kotak bateri kereta.

  1. Jauhkan semua barangan logam dari bahagian atas bateri kereta!

Seperti yang kita semua tahu, barangan logam boleh mengalirkan arus elektrik. Perkara ini sangat perlu dititikberatkan walaupun anda hanya ingin memeriksa keadaan bateri kereta anda.

  1. Jauhkan daripada kanak-kanak

Sebelum tukar bateri kereta, sila pastikan kanak-kanak tidak berdekatan dengan bateri kereta.

  1. Pastikan anda berada di kawasan yang terbuka

Bila hendak tukar bateri kereta, anda perlu berada di kawasan yang tidak mempunyai had pengudaraan kerana ia mempunyai bahan kimia. Hal ini akan mengelakkan anda terhidu bahan kimia yang boleh merbahayakan kesihatan anda! 

  1. Jauhkan dari percikan api, api dan api rokok

Api dan bahan kimia memang tidak boleh berjumpa. Elakkan merokok ketika anda ingin tukar bateri kereta kerana batang rokok pun boleh menyebabkan letupan yang tidak dapat dijangka jika tersentuh bahan kimia dari bateri kereta.

  1. Sila matikan enjin dan keluarkan kunci kereta

Sebelum tukar bateri kereta, pastikan enjin dimatikan dan kunci kereta dikeluarkan.

  1. Pakai peralatan perlindungan

Nampak remeh tapi hal ini penting untuk melindungi anda dari sebarang kecederaan ketika mengendalikan bateri kereta. Anda perlu memakai sarung tangan, cermin mata keselamatan, pakaian yang sesuai dan juga kasut yang bertutup. Bateri kereta mengandungi asid sulfurik. Elakkan daripada terkena kulit, mata atau pakaian. Jika berlaku kecemasan, bilas dengan air dan hubungi doktor dengan segera.

  1. Elakkan daripada mengecas bateri kereta menggunakan booster atau pengecas.

Bateri kereta mengeluarkan gas yang mudah terbakar. Jadi elakkan dari menggunakan kabel booster ataupun mengubah sambungan bateri kereta tanpa arahan dan latihan yang betul kerana ia boleh merosakkan bateri kereta anda dan membahayakan diri anda. Sekiranya bateri kereta lemah, tukar bateri kereta anda kepada yang baru.

 

Tiada peralatan perlindungan yang sesuai di rumah? Ada cara lain daripada buat pemasangan sendiri tak?

Mestilah ada! Sama ada anda pergi ke bengkel kereta ataupun anda hanya perlu menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837 dan Century Battery Assist akan sampai dalam 45 minit untuk tukar bateri kereta anda! Tidak kira siang atau malam, Century Battery Assist sentiasa berkhidmat 24/7 di Lembah Klang. Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja.

Selain daripada itu, anda juga boleh pesan bateri Century, bateri kereta terbaik anda secara online melalui kedai rasmi Century Battery Malaysia di Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os) atau Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia/)!

Kalau nak kunjung kedai bateri kereta dan bengkel kereta terdekat pun boleh. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Panduan Keselamatan Sebelum Tukar Bateri Kereta Sendiri