Penglibatan dengan Pelanggan melalui pendekatan inovatif

Peneraju Jenama Terkemuka

Dengan warisan lebih 50 tahun, kami adalah peneraju jenama-jenama terkemuka dalam industry bateri automotif. Beberapa aktiviti penjenamaan telah kami jalankan termasuk pengiklanan luar dan inisiatif media sosial untuk membawa jenama kami lebih jauh. Kami bangga kerana program sokongan pelanggan dalam talian kami telah mendapat daya tarikan. Program-program bersepadu dan inovatif ini meningkatkan keyakinan dan minat yang lebih besar kepada syarikat, produk dan perkhidmatan kami sejurus mendorong peningkatan jualan kepada para pengedar.

Kami memberikan tumpuan kepada pengeluaran produk dan program yang lebih baik untuk menghubungkan pelanggan dengan pengedar-pengedar kami agar penguasaan jenama kami dapat diteruskan.

Media Digital

Kami merupakan yang pertama dalam industri telah memperkenalkan aplikasi mudah alih percuma untuk sokongan pelanggan kami. Aplikasi “Baterry Finder” kami membantu pelanggan untuk mencari bateri yang sesuai untuk kenderaan mereka manakala aplikasi “Dealer Finder” membantu pelanggan untuk mengenal pasti lokasi pengedar yang terdekat. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan ruang pengiklanan tersedia untuk para pengedar.

Kami secara aktif menghubungkan para pelanggan kami melalui laman web mesra pelanggan serta melalui media social Facebook. Dengan adanya perkhidmatan dalam talian ini, kami dapat mencapai jangkauan yang luas dan meningkatkan hubungan kami dengan pelanggan serta meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama ini. Berinteraksi dengan pengguna akhir kami membantu kami mengumpul maklum balas yang berharga sekaligus memberikan kami nisbah yang lebih baik yang dapat membezakan kami secara terus dengan para pesaing kami.