fbpx
Jumpstarts BM / Posted on

Tips: Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta Anda

Masalah kereta susah nak hidup ataupun bateri kereta kong dengan cepat ini sering sekali berlaku. Tetapi ramai yang masih belum dapatkan jalan penyelesaian selain daripada menukar ke bateri kereta yang baru setiap kali masalah ini terjadi. Sebenarnya, mudah sahaja untuk mengelakkan perkara ini berlaku berulang kali. Anda hanya perlu tahu tips-tips penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat bateri kereta anda. Berikut adalah beberapa tips yang paling mudah untuk diikuti:

  1. Panaskan kereta

Jika anda jarang menggunakan kereta anda, anda masih perlu untuk panaskan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 15 minit seminggu sekali. Dengan ini, bateri kereta anda mempunyai masa untuk self-charge. Elok juga dilakukan setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

  1. Hadkan perjalanan jarak dekat

Bateri kereta memerlukan masa untuk mengecas sepenuhnya. Adalah lebih baik jika anda memanjangkan jarak perjalanan anda supaya jangka hayat bateri kereta boleh tahan lebih lama.

  1. Kurangkan penggunaan alat elektronik

Walaupun kereta anda kerap berjalan, tetapi jika anda sering menggunakan alat elektronik seperti pengecas telefon, GPS, radio dan sebagainya, jangka hayat bateri kereta anda juga akan menjadi lebih pendek.

  1. Tutup lampu apabila keluar

Jika lampu kereta anda terpasang dalam satu jangka masa yang lama setelah enjin dimatikan, bukan sahaja jangka hayat bateri kereta anda akan berkurang, malah ia juga boleh membuatkan bateri kereta kong secara serta merta.

  1. Servis kereta secara berkala

Masalah jangka hayat bateri kereta bukan hanya disebabkan perkara di atas sahaja. Banyak lagi punca yang boleh memberi kesan terhadap bateri. Salah satu contoh seperti altenator rosak atau tidak berfungsi dengan baik. Jadi lebih baik untuk anda mematuhi jadual pemeriksaan kereta secara berkala supaya mekanik boleh mengenalpasti masalah-masalah kereta sebelum ianya berlaku.

Jika anda tidak dapat mengelak dari masalah jangka hayat bateri kereta yang telah membuatkan bateri kereta kong, Century Battery Assist boleh bantu anda! Anda hanya perlu hubungi 1-800-228837. Jangan risau kerana kami akan datang dalam masa 45 minit dan tukar bateri kereta anda. Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma*.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:

Lembah Klang
Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
Melaka– Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
Kedah– Sg Petani, Kulim
Perak– Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
Kelantan– Kota Bahru town
Sarawak – Kuching

 

Anda juga boleh dapatkan bateri Century dari kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) ataupun dari Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Ataupun, anda boleh kunjungi pengedar kami yang dekat dengan anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Tips: Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta Anda