Jumpstarts BM / Posted on

Tips Penting Untuk Pemilik Baru Kereta Terpakai

Untuk mengharungi cabaran wabak Covid-19, SOP PKP serta langkah-langkah telah diamalkan hari ini, seperti pemakaian topeng muka, penjarakan sosial dan juga pengawalan bilangan penumpang untuk pengangkutan awam. Untuk mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai yang pada awalnya bergantung pada pengangkutan awam mulai mempertimbangkan untuk memilki kereta sendiri. Jadi, kereta terpakai menjadi salah satu pilihan disebabkan harga yang murah berbanding kereta baru.

Kepada anda semua yang baru membeli kereta terpakai, mesti rasa tak sabar nak memandu di jalan raya, bukan? Tapi sebelum memandunya, anda harus memeriksa kereta tersebut! Jadi untuk menyediakan anda, sila ikut tips mudah di bawah!

  1. Baca buku manual terlebih dahulu.

Jangan tunggu sehingga masalah muncul. Kereta terpakai kebanyakkannya mempunyai komponen yang belum anda kenal. Jadi, kenali semua komponen yang penting dahulu.

  1. Biasakan diri dengan butang-butang di dashboard.

Cuba segala butang yang terdapat di dashboard supaya anda biasa dengan kedudukan dan fungsi-fungsi mereka sebelum bergerak di atas jalan raya. Ini termasuk komponen seperti signal, wiper, air cond, lampu kecemasan dan sebagainya.

  1. Jangan lupa akan keadaan tayar.

Anda hendaklah periksa keadaan tayar kereta terpakai kerana tayar yang digunakan itu mungkin sudah botak ataupun hampir pecah.

  1. Sentiasa periksa pandangan cermin sisi dan cermin pandang belakang.

Setiap kereta mempunyai ketinggian yang berbeza. Biasakan diri terlebih dahulu dengan ketinggian kereta terpakai itu. Begitu juga dengan kedudukan cermin sisi dan cermin pandang belakang.

  1. Berlatih parking kereta sebelum mula memandu.

Sama seperti perkara di atas, kereta juga mempunyai saiz yang berbeza walaupun nampak seperti sama. Kenali saiz kereta terpakai anda supaya tiada masalah untuk meletak kereta, terutamanya parking tepi.

  1. Pandu dengan berhati-hati.

Tidak kira kereta terpakai ataupun kereta baru, anda harus pandu dengan penuh berhati-hati dan patuhi panduan keselamatan jalan raya walaupun mungkin kereta anda mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan yang telah ditambahbaik.

Jika anda telah bersedia untuk memandu kereta terpakai anda di atas jalan raya dan membaca semua tips di atas, jangan lupa juga untuk periksa keadaan bateri kereta anda sebelum bergerak. Jika anda sudah bergerak, kemudian mengalami masalah bateri kong, jangan sesekali menggunakan telefon ketika memandu. Jadilah pemandu yang berhemah dan berhenti di tempat selamat dahulu sebelum menelefon Century Battery Assist di 1-800-228837. Jangan risau kerana kami akan datang dalam masa 45 minit dan tukar bateri kereta anda. Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma*.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:

Klang Valley
Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
Melaka– Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
Kedah– Sg Petani, Kulim
Perak– Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
Kelantan– Kota Bahru town
Sarawak – Kuching
Jika anda mahu tukar bateri kereta untuk kereta terpakai anda secara sendiri, anda boleh baca tips kami di sini: https://centurybattery.com.my/ms/panduan-keselamatan-untuk-tukar-bateri-kereta-sendiri/. Dapatkan bateri Century dari kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) ataupun dari Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Anda juga boleh kunjungi pengedar kami yang dekat dengan anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Tips Penting Untuk Pemilik Baru Kereta Terpakai