Jumpstarts BM / Posted on

Tips Servis Kereta Tanpa Perlu Ke Bengkel Sebelum Balik Kampung

Setiap kali musim perayaan atau musim cuti sekolah, mesti ramai yang sudah rancang untuk berjalan jauh termasuklah balik kampung. Kebiasaannya, perkara pertama yang akan difikirkan adalah; servis kereta. Seeloknya kereta anda perlu diservis di bengkel kereta. Tetapi jika anda tidak betul-betul tidak mempunyai masa untuk servis kereta, anda juga boleh melakukan beberapa servis ataupun pemeriksaaan yang mudah secara sendiri.
 

Beberapa tips periksa kereta sebelum balik kampung adalah:-

 
Tips Servis Kereta Tanpa Perlu Ke Bengkel Sebelum Balik Kampung | Century Battery
 

1. Periksa keadaan tayar

 
Setiap kereta mempunyai tekanan angin tayar yang telah ditetapkan. Biasanya ia tercatat pada pelekat di pintu kereta. Selain daripada itu, keadaan tayar juga haruslah diteliti terlebih dahulu. Tayar yang “botak” perlulah ditukar kepada yang baru. Anda tidak perlu servis kereta jika tayar anda berada dalam keadaan yang memuaskan.
 

2. Masalah brek

 
Brek adalah sangat mudah untuk diperiksa. Disarankan supaya anda periksa seminggu sebelum balik kampung. Anda hanya perlu menguji brek dan memerhatikan beberapa perkara iaitu; bunyi brek, tekanan yang perlu diberikan ketika menekan brek dan gegaran yang wujud. Brek kereta anda mempunyai masalah jika terdapat bunyi, terpaksa menekan brek lebih daripada biasa, atau terdapat gegaran ketika menekan brek. Jika perkara ini berlaku, anda perlu servis kereta anda di bengkel.
 
Tips Servis Kereta Tanpa Perlu Ke Bengkel Sebelum Balik Kampung | Century Battery
 

3. Wiper juga adalah penting

 
Walaupun nampak remeh dan tidak termasuk dalam kategori servis kereta yang berat, tetapi wiper juga memainkan peranan yang besar ketika memandu pada hari hujan. Periksa keadaan wiper anda terlebih dahulu supaya perjalanan balik kampung anda akan lebih jelas dengan cara mengelap wiper anda dan mengenalpasti jika terdapat keretakan.
 

4. Periksa Radiator

 
Radiator berfungsi sebagai penyejuk enjin kereta jadi ia adalah sangat mustahak. Jika anda berjalan jauh seperti balik kampung, enjin kereta anda mungkin akan panas. Untuk mengelakkan kereta mati, air dan cecair penyejuk di dalam radiator perlulah berada pada paras yang sepatutnya sebelum memulakan perjalanan. Air hanya boleh ditambah apabila kereta dalam keadaan sejuk. Jangan sesekali membuka penutup radiator ketika ia panas! Jika radiator anda bocor, anda perlu servis kereta di bengkel.
 
Tips Servis Kereta Tanpa Perlu Ke Bengkel Sebelum Balik Kampung | Century Battery
 

5. Bateri kereta

 
Cara yang paling mudah untuk memeriksa bateri kereta tanpa servis kereta adalah dengan memerhatikan keadaan lampu dan peralatan elektronik lain dalam kereta. Jika lampu kereta anda sedikit malap, ataupun radio kereta sering mati, itu tandanya bateri kereta lemah. Ada banyak lagi tanda bateri kereta lemah yang boleh didapati di sini.
 
Semua pemeriksaan di atas boleh dilakukan sendiri. Tetapi adalah lebih baik jika anda meluangkan sedikit masa untuk servis kereta anda di bengkel sebelum balik kampung supaya segalanya diperiksa dengan lebih teliti. Jika hanya bateri kereta yang bermasalah, kami boleh bantu anda untuk tukar bateri kereta tidak kira siang atau tengah malam. Anda boleh terus menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837 untuk order bateri Century, bateri kereta terbaik anda sekiranya anda berada di dalam kawasan Lembah Klang. Kami sentiasa bersedia 24/7 untuk kemudahan anda.
 
Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli bateri Century menerusi kedai rasmi kami di Lazada dan Shopee selain daripada membuat pembelian menerusi dealer Century. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri kereta yang berdekatan dengan anda.
 
Ikuti Facebook dan Instagram Century Battery Malaysia untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi-promosi sekarang!

Tips Servis Kereta Tanpa Perlu Ke Bengkel Sebelum Balik Kampung