Jumpstarts BM / Posted on

TOP 9 Fakta Bateri Kereta Yang Mungkin Penyebab Kereta Rosak

Bateri kereta adalah komponen utama untuk menghidupkan enjin kereta. Apabila enjin sudah bergerak, secara teorinya, bateri kereta boleh dicabut dan kereta tersebut akan berjalan seperti biasa! Tetapi, anda tidak disarankan untuk mencuba perkara ini kerana masalah menghidupkan kereta semula boleh berlaku dan mungkin boleh menyebabkan kereta rosak.

Sebenarnya, terdapat sejumlah fakta yang menarik mengenai bateri kereta. Di bawah adalah TOP 9 fakta dan sesetengah fakta ini mungkin penyebab kenapa kereta rosak.

TOP 9 Fakta Bateri Kereta Yang Mungkin Penyebab Kereta Rosak | Century Battery

 

  1. Bateri kereta boleh tahan sehingga 5 tahun!

Percaya atau tidak, perkara ini memang benar. Jika anda memilih bateri kereta yang sesuai dengan kenderaan anda, dan dengan penjagaan yang rapi, bateri kereta anda dapat bertahan sehingga 5 tahun!

 

  1. Lebih baik jika mekanik yang tukarkan bateri kereta

Anda boleh menukar bateri kereta sendiri tetapi jika ada berlaku satu kesilapan yang kecil, ia boleh menyebabkan ganguan pada sistem elektikal kereta dan seterusnya boleh menyebabkan kereta rosak!

 

  1. Bateri kereta kong kerana kereta jarang bergerak.

Semua jenis kereta perlu bergerak dengan kerap dalam suatu jarak yang membolehkan bateri kereta dicaj. Kalau tidak, bateri kereta akan cepat kong. Perjalanan yang panjang dan kerap boleh gandakan jangka hayat bateri kereta anda.

 

  1. Bateri kereta lemah boleh menjejaskan sistem caj dan starter.

Banyak komponen boleh terjejas akibat bateri kereta lemah terutamanya sistem caj dan starter. Komponen ini terpaksa mengeluarkan voltan yang lebih tinggi kerana kuasa bateri kereta sudah berkurang dan hal ini boleh membuatkan kereta rosak!

 

TOP 9 Fakta Bateri Kereta Yang Mungkin Penyebab Kereta Rosak | Century Battery

 

  1. Lampu amaran bateri.

Jangan tergesa-gesa menukar bateri kereta hanya kerana lampu amaran bateri sudah menyala. Lampu ini menyala bukan hanya kerana bateri kereta hampir kong tetapi mungkin kerana masalah kereta yang lain seperti masalah elektikal. Apa pun, lebih bagus jika anda terus ke bengkel supaya boleh elakkan kejadian kereta rosak.

 

  1. Pilih bateri kereta yang betul adalah penting!

Tidak kira apa jenis kenderaan yang anda pakai, dan apa jua spesifikasinya, jika anda menggunakan jenis bateri kereta yang tidak sesuai dengan kenderaan anda, ia tidak akan berfungsi sebagaimana ia patut atau boleh berfungsi.

 

  1. Masalah besar boleh berlaku jika bateri kereta tidak disambungkan dengan betul!

Kalau bateri kereta disambungkan dengan salah, ia akan menyebabkan sistem elektonik kereta rosak. Bateri kereta akan rosak dan mungkin boleh meletup!

 

TOP 9 Fakta Bateri Kereta Yang Mungkin Penyebab Kereta Rosak | Century Battery
 

  1. Cuaca boleh menyebabkan bateri kereta

Jika cuaca terlalu sejuk ataupun terlalu panas, bateri kereta boleh mati! Bukan itu sahaja, komponen kereta lain juga mungkin tidak dapat berfungsi dan seterusnya menyebabkan kereta rosak.

 

  1. Bateri kereta tidak boleh dibuang begitu sahaja.

Semua bateri kereta mengandungi bahan kimia yang merbahaya jadi ia tidak boleh dibuang begitu sahaja. Anda perlu membawa bateri kereta lama anda ke pusat kitar semula. Tetapi biasanya, bengkel kereta akan membuangnya untuk anda.

 

Jika anda memerlukan khidmat tukar bateri kereta tidak kira siang atau tengah malam, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh terus menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837 untuk order bateri Century, bateri kereta terbaik anda sekiranya anda berada di dalam kawasan Lembah Klang. Kami sentiasa bersedia 24/7 untuk kemudahan anda.

 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli bateri Century menerusi kedai rasmi kami di Lazada dan Shopee selain daripada membuat pembelian menerusi dealer Century. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri kereta yang berdekatan dengan anda.

 

Ikuti Facebook dan Instagram Century Battery Malaysia untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi-promosi sekarang!

TOP 9 Fakta Bateri Kereta Yang Mungkin Penyebab Kereta Rosak