Jumpstart & Tips / Posted on

Penghantaran Percuma Bateri Kereta di Klang Valley

Bateri adalah salah satu alat penting dalam sistem kereta. Sama juga seperti mana paru-paru yang menjadi organ penting dalam badan manusia. Untuk menghindari bateri kereta anda ternyahcas, penyenggaraan perlu dilakukan daripada semasa ke semasa, contohnya seperti memeriksa aras elektrolit, membersihkan endapan di terminal supaya voltan bateri kereta dapat dialirkan semaksimum mungkin, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ianya tidak mustahil untuk kereta yang tidak boleh start di rumah ataupun tepi jalan. Masalah ini memang paling ditakuti bagi pemandu yang ingin pergi ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau mempunyai urusan lain. Jangan panik, anda perlulah mencari punca masalah bateri kereta anda.

Pertama sekali, memang bateri boleh jadi punca utama kereta tidak boleh start. Bila enjin kereta tidak boleh start atau tiba-tiba aircond kereta tidak sejuk, ini boleh disebabkan kerana bateri kong atau lemah dan tidak dapat mengecas serta membekalkan kuasa elektrik kepada kereta. Jadi apa punca bateri ini kong atau lemah? Salah satu puncanya adalah lupa mentutup lampu kereta, mengecas telefon pintar anda di dalam kereta, buka aircond semasa kereta belum start ataupun jangka hayat bateri kereta yang sudah lama.

Selain bateri kereta, ada juga kemungkinan alternator rosak kerana sudah tidak mampu mengecas semula bateri saat kereta berjalan. Ia tidak mampu membekalkan arus elektrik yang cukup dan ini menyebabkan bateri kereta kekurangan tenaga untuk menghidupkan enjin.

Kerosakan kereta yang tidak diduga memang satu keadaan yang sangat serius dan boleh memuatkan anda stress, bak kata pepatah malang tidak berbau. Lagi-lagi kalau anda bersendirian ketika kereta anda tidak boleh dihidupkan. Jangan risau! Hanya dengan satu panggilan, anda hanya perlu memberi tahu jenis bateri dan saiz bateri kereta anda sahaja, dan Bateri Assist akan segera menghantarkan bateri kereta anda dalam 45 minit sahaja dan ianya juga beroperasi 24 jam.

Kenapa Bateri Assist?

Tiada jaminan bahawa kereta dapat dihidupkan 100% setiap hari, oleh itu, kita haruslah sediakan payung sebelum hujan. Bateri Assist beroperasi selama 24 jam untuk kemudahan anda di area Klang Valley sahaja, jadi bila-bila masa anda perlukan bantuan, Bateri Assist akan membantu anda. Caranya mudah sahaja, dengan satu panggilan, Bateri Assist akan tiba dalam 45 minit.

Pelbagai kemudahan Bateri Assist:

  1. 24 jam penghantaran dan pemasangan bateri secara percuma di Klang Valley!

Dapatkan servis yang luar biasa dari Bateri Assist selama penggerjaan kereta anda.

  1. Membawa bateri yang baru dari kilang

Dibuat dengan standard tertinggi dan teknologi terbaru, bateri Century memberikan bateri kereta yang berkualiti

  1. Pengecekan sistem pengecasan kereta dengan percuma

Bateri Assist juga memberikan komplimentari cek untuk memastikan bahawa tiada bahagian atau sistem yang rosak dalam kereta anda.

  1. Onsite claim waranti

Tak perlu risau lagi jika bateri anda kong, anda juga boleh claim waranti. Dengan adanya Bateri Assist, anda dapat melakukannya di lokasi anda. Jadi anda tidak perlu lagi ke service centre lagi! Tapi anda perlu menyediakan bayaran tambahan dan juga jangan lupa sediakan kad waranti anda.

Jadi mulai sekarang, anda tidak perlu risau lagi kalau kereta tidak boleh start ataupun bateri kong ditepi jalan. Hanya hubungi 1-800-228837 dan kami akan selesaikan masalah bateri kereta anda dari penghantaran, pemasangan dan servis di Klang Valley 24 jam secara percuma! Ingat sediakan payung sebelum hujan, simpan nombor ini dan tengok kat facebook Century Battery untuk informasi lebih lanjut.

Penghantaran Percuma Bateri Kereta di Klang Valley