Jumpstart & Tips / Posted on

7 Tips Berguna untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Anda pasti tahu bahawa bateri kereta adalah antara komponen yang penting untuk sesebuah kereta. Oleh itu, amat PENTING untuk anda ketahui bila anda patut mula berkira-kira untuk tukar bateri kereta anda serta apa yang boleh dilakukan untuk panjangkan jangka hayat bateri kereta anda.

Bateri kereta terdapat pelbagai fungsi; daripada menghidupkan kereta hingga lah anda juga boleh mengecas alatan eletronik seperti telefon bimbit anda. Bukan itu sahaja, bateri juga memberikan segala keperluan untuk memastikan kenderaan terus bergerak lancar di atas jalan raya. Dengan penjagaan bateri kereta yang betul, anda boleh mengawal berapa lama bateri kereta boleh tahan dan memaksimumkan jangka hayat bateri kereta agar anda juga boleh kemana-mana dengan senang!

Untuk mengetahui lebih tips untuk menjaga ketahanan bateri kereta anda, anda boleh membaca Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama.

 

PURATA JANGKA HAYAT BATERI KERETA

Berapa lama bateri kereta boleh tahan? Secara purata, bateri kereta boleh bertahan selama 2 hingga ke 5 tahun. Antara salah satu faktor yang boleh mempengaruhi jangka hayat bateri kereta adalah cuaca. Ketika kenderaan berjalan, enjin sudah menghasilkan haba yang tinggi. Haba yang terlampau panas pada bateri akan meningkatkan penyejatan air pada sel bateri walaupun bateri tertutup dan ini mampu memendekkan jangka hayat bateri kereta. Kenderaan yang selalu dibiarkan di bawah cahaya matahari yang terik boleh menyebabkan bateri kong dan menjadi punca kereta tak boleh start jika anda tidak mengambil langkah penjagaan bateri kereta yang betul terutamanya dengan keadaan cuaca yang sangat panas di Malaysia.

PANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI KERETA

Memandu kereta selama 24 jam dalam keadaan cuaca yang sangat panas, bateri kereta akan mula dinyah cas. Sebab itu lah jangka hayat bateri kereta di negara yang lebih panas hanya mampu bertahan selama 2 tahun setengah berbanding negara bercuaca sejuk iaitu lebih kurang 4 tahun setengah. Jadi, anda boleh mula menganggarkan berapa lama bateri kereta boleh tahan, iaitu selama 2 tahun setengah sebelum ianya perlu ditukar! Sila rujuk #7 Tips berguna di bawah untuk panjangkan jangka hayat bateri kereta anda:

 

HADKAN PERJALANAN JARAK DEKAT

Memandu kereta anda dengan sekejap menghalang bateri kereta daripada dicas sepenuhnya. Jadi, anda boleh mengekalkan kuasa bateri kereta dengan memandu lebih kerap dan juga memandu untuk tempoh yang lebih lama. Melalui cara ini, anda boleh meningkatkan ketahanan jangka hayat bateri kereta dan mengelakkan bateri kong dengan cepat. Namun begitu, jika anda jarang menggunakan kereta anda, anda boleh mempertimbangkan untuk melaburkan wang anda membeli pengecas bateri mudah alih. Kelebihan pengecas mudah alih ini adalah, ia boleh jump start bateri tanpa memerlukan kenderaan lain sekiranya kereta anda mati di tepi jalan. Hebat bukan?

 

PASTIKAN BATERI DIPASANG DENGAN KETAT

Cara pasang bateri kereta yang betul memainkan peranan penting untuk memastikan bateri tahan lebih lama. Bateri yang tidak dipasang dengan betul dan ketat akan menyebabkan getaran. Getaran pada bateri berpotensi untuk mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman bateri dan menyebabkan litar pintas, seterusnya dapat mengurangkan jangka hayat bateri kereta.

Adakah anda memeriksa terminal bateri anda dengan kerap? Pastikan ianya diperiksa dengan kerap terutamanya jika anda sering memandu di jalan-jalan yang beralun untuk memastikan bateri terpasang dengan ketat dan ia berada di dalam pendakap pelekap dengan kedudukan yang betul. Namun begitu, jangan melakukan kesilapan dengan terlalu mengetatkan nat kekunci bateri kerana ia mungkin merosakkan bateri! Terminal bateri yang dipasang dengan kemas dan ketat akan dapat mengekalkan ketahanan jangka hayat bateri kereta anda.

 

MATIKAN SEMUA LAMPU APABILA KELUAR

Jika anda membiarkan lampu hadapan kereta dan lampu pintu kereta terpasang secara tidak sengaja boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada bateri dan memendekkan jangka hayat bateri kereta. Penggunaan lampu yang berpanjangan tanpa bateri dicas akan menyebabkan bateri kong. Untuk mengelakkan anda daripada lupa, tampal nota atau reminder pada papan pemuka kereta anda, pasang pelekat pada remote kereta anda ataupun anda juga boleh memarkir kenderaan ke arah yang anda perlu berjalan melepasi lampu hadapan kereta anda untuk sampai ke destinasi.

Oleh itu, anda boleh menyedari apabila anda tidak mematikan lampu kenderaan anda. Ingat, memasang lampu kereta berpanjangan ketika kereta tidak hidup adalah antara penyebab utama bateri kong dan menjadi punca kereta tak boleh start. Ini adalah kerana jangka hayat bateri kereta menjadi semakin pendek dan haus.

 

TERMINAL BATERI YANG BERSIH DAPAT MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI KERETA

Terminal bateri akan terhakis dari masa ke semasa, namun memastikan ianya sentiasa dibersihkan daripada pembentukan sisa-sisa dan karat adalah langkah yang baik untuk panjangkan jangka hayat bateri kereta anda. Antara penjagaan bateri kereta mudah yang boleh dilakukan untuk membersihkan terminal bateri adalah dengan menggosok terminal dengan berus gigi yang dicelup dalam baking soda (serbuk penaik) yang dicampur dengan air. Kemudian, bilas cucian tersebut menggunakan botol semburan dengan air sejuk diikuti dengan mengelap permukaan terminal dengan kain yang bersih hingga kering. Mudah bukan?

 

UJI BATERI DENGAN KERAP UNTUK MENGETAHUI JANGKA HAYAT BATERI KERETA

Jika anda ingin memaksimumkan jangka hayat bateri kereta anda, adalah amat penting untuk anda mengetahui keadaan semasa bateri anda dan berapa lama bateri kereta boleh tahan. Oleh yang sedemikian, anda boleh menguji tahap voltan bateri output anda menggunakan penguji bateri untuk mengesan adakah bateri anda telah dijaga dengan baik ataupun telah tiba masa untuk anda tukar bateri kereta yang baru. Perkara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 ke 4 kali bagi setiap bateri yang digunakan untuk memastikan kereta anda tidak mati secara tiba-tiba di tengah jalan kerana bateri kong.

 

PENGGUNAAN ELETRONIK YANG BETUL MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI KERETA

Ini adalah tips penjagaan bateri kereta paling mudah untuk anda menjaga ketahanan jangka hayat bateri kereta pada tahap maksimum. Matikan fungsi eletronik seperti radio dan penghawa dingin ketika kenderaan tidak berjalan. Ini dapat mengurangkan “wear and tear” pada kuasa bateri anda. Selain itu, membiarkan enjin kereta hidup tanpa kereta bergerak pada waktu yang lama jugak boleh menyebabkan punca kereta tak boleh start dan bateri kong dengan lebih cepat.

JAGA KERETA SECARA MENYELURUH

Kereta anda mempunyai komponen-komponen dan bahagian-bahagian yang bekerja bersama-sama dan kereta anda hanya mempunyai satu bateri. Oleh itu, penjagaan bateri kereta yang betul adalah sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri kereta anda lebih panjang dan seterusnya dapat mengekalkan prestasi kereta anda. Jangan biarkan kereta anda tidak digunakan atau berjalan untuk tempoh yang lama kerana ia akan mengurangkan jangka hayat bateri kereta kerana ianya tidak dicas. Bayangkan kereta anda sentiasa mati secara tiba-tiba kerana anda tidak menjaga bateri kereta dengan baik, pasti kereta anda juga akan cepat bermasalah!

 

Setelah mengikuti 7 tips berguna untuk memanjangkan jangka hayat bateri kereta ini dan bateri kereta anda masih mempunyai masalah, jangan risau bateri kereta online Century kan ada! Anda boleh menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837.

Kami akan menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan penghantaran percuma, pemasangan dan servis percuma berdasarkan jenis bateri anda di Klang Valley 24 jam!

Anda tidak perlu lagi ke kedai bateri atau bengkel kereta berdekatan untuk periksa bateri kereta anda dengan servis bateri kereta online Baterry Assist! Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Jika anda pernah mengalami masalah bateri kong sebelum ini, anda pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali! Sila layari Facebook Century Battery untuk maklumat lebih lanjut!

7 Tips Berguna untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta