Tips menjaga bateri kereta
- Periksa terminal bateri secara berkala. Kadang-kadang, ia boleh berkarat ataupun berkulat. Ini boleh menyebabkan jangka hayat bateri anda tidak tahan lama. Anda hanya perlu buka wayar sambungan dan jauhkannya. Kemudian, berus terminal bateri dengan campuran air dan soda bikarbonat secara perlahan.
- Periksa voltan bateri kereta Anda boleh menggunakan penguji bateri untuk pastikan bateri dicas penuh. Perkara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 ke 4 kali bagi setiap bateri yang digunakan untuk memastikan kereta anda tidak mati secara tiba-tiba di tengah jalan kerana bateri kong.
- Perkara yang paling mudah dan paling penting adalah menghidupkan kereta anda. Anda tidak boleh membiarkan kereta anda tanpa dihidupkan sepanjang tempoh PKP ini walaupun anda tidak menggunakan kereta.
Jadi, kenapa perlu hidupkan kereta?
- Kereta harus dihidupkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 15 minit bagi memastikan segala komponen termasuk bateri kereta berfungsi dengan baik.
- Jika kereta tidak dihidupkan dalam tempoh yang lama, alternator tidak dapat kuasa untuk mengecas. Jadi ia akan menjejaskan ketahanan bateri.
- Untuk menghindari hal ini, hidupkan kereta selama 10 minit untuk memberi peluang kepada alternator untuk mengecas. Diingatkan supaya tidak memasang radio ataupun penyeman udara ketika ini.
Apa perlu buat jika kereta tidak dapat dihidupkan langsung?
Ini tandanya bateri kereta anda perlu ditukarkan kepada yang baru. Anda hanya perlu telefon Century Battery Assist di talian 1800-22-8837 / 1300-22-8837. Atau anda boleh WhatsApp kami di +6017-293 5515. Rider kami akan datang dalam masa 45 minit untuk bantu anda tukar bateri yang baru! Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma!*.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:
Lembah Klang
Negeri Sembilan – Seremban, Nilai, Mantin, Senawang, Sendayan
Melaka – Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah, Bandar Hilir, Klebang
Johor – Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai, Masai, Nusajaya
Perak – Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting, Tanjung Malim
Pulau Pinang – Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Juru, Jawi
Kedah – Sungai Petani, Kulim
Kelantan – Kota Bahru
Pahang – Kuantan
Terengganu – Kuala Terengganu
Sarawak – Bintulu, Miri, Kuching
Beli Bateri Century Dari Kedai / Bengkel Kereta
Anda juga boleh mengunjungi kedai bateri kereta terdekat. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon kedai bateri atau bengkel kereta.
#StayAtHome dan Beli Bateri Century Secara Online
Bateri Century juga dijual secara online di kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) dan di Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]