Kebanyakan orang akan selalu melihat luaran kereta sahaja apabila mahu membeli, menyewa atau memandu kereta itu kan? Tidak dinafikan memang sifat manusia suka tengok perkara-perkara yang cantik mata memandang. Tetapi kalau tiba-tiba kereta tersebut mati di tepi jalan disebabkan bateri kong, apa yang anda perlu lakukan? Nak isi air bateri, tapi tidak jumpa ruang untuk isi air? Baru anda sedar rupa-rupanya ada dua jenis bateri kereta di dalam dunia ini: bateri kereta basah dan bateri kereta kering. Apakah perbezaan antara dua jenis bateri kereta ini?

 

Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.

Bateri Century jenis basah adalah:-

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century Hybrid

Century Hybrid adalah bateri kereta yang menggunakan teknologi lead calcium alloy untuk menawarkan kuasa yang dipercayai. Bateri ini sesuai untuk kereta-kereta heavy-duty pada harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

 

 

 

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century Power

Bateri kereta Century Power dicipta untuk memberikan kuasa pencucuhan yang dipercayai dan tahan lebih lama. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

 

 

 

Bateri Kereta Kering 

Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.

Bateri Century jenis kering adalah:-

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century Excel

Century Excel adalah bateri kereta bebas penyelenggaraan dan sangat sesuai digunakan kereta-kereta heavy-duty kerana daya ketahanan bateri kereta ini adalah lebih lama berbanding dengan bateri kereta biasa. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

 

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century SDFC

Bateri auto bebas penyelenggaraan yang berprestasi tinggi ini sesuai untuk kenderaan kontinental kerana ia dicipta dengan reka bentuk yang memberikan lebih kuasa dan tahan lebih lama. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di sini.

 

 

 

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century Marathoner

Lebih kuat, tahan lebih lama. Bateri kereta yang mempunyai reka bentuk yang baharu ini akan meningkatkan pengalaman pemanduan anda dengan prestasi yang dipercayai. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

 

 

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century Motolite Gold

Menggunakan teknologi tropika, memberikan prestasi unggul dan jaminan kuasa yang cekap untuk kegunaan di bawah haba yang panas. Ia dioptimumkan untuk kegunaan tugas berat, menjadikannya sesuai untuk kenderaan berprestasi tinggi. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di sini.

 

 

 

Apa Beza Bateri Kereta Basah Dan Bateri Kereta Kering? | Century Battery

 

Century Motolite Heavy Duty

Menggunakan teknologi MOTOLITE yang diuji. Memberikan keselamatan, kemudahan dan keyakinan dengan adanya kuasa cranking yang cekap. Bateri kereta ini sesuai untuk kebanyakan kenderaan di Malaysia dan juga memenuhi kriteria bateri kenderaan bersumber dari Asia dan Eropah. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di sini.

 

 

 

Bateri Kereta Jenis Apa Yang Lebih Baik?

Jadi, adakah bateri kereta kering lebih baik dari bateri kereta basah kerana tidak memerlukan penjagaan? Atau, bateri kereta basah adalah lebih baik dari bateri kereta kering kerana boleh tahan lebih lama dan harganya lebih murah? Sebenarnya, semuanya bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan dan ia juga bergantung kepada keperihatinan pemandu. Ada sesetengah pemandu boleh menjaga bateri kereta basah sehingga 3 tahun ke atas kerana sentiasa memeriksa paras air bateri. Tetapi ada juga pemandu yang kerap menukar bateri keretanya yang kong kepada bateri kereta yang baharu kerana sikap ketidakperihatinan pemandu tersebut. Faktor-faktor lain seperti altenator rosak, pendawaian rosak, kecuaian tidak menutup lampu kereta juga memainkan peranan dalam jangka hayat bateri kereta anda. Perbezaan bateri kereta basah dan kering adalah seperti di bawah:-

Bateri Kereta Basah Bateri Kereta Kering
Lebih Murah Harga biasa
Perlukan penjagaan rapi Tidak memerlukan penjagaan yang kerap

 

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Semestinya penjagaan bateri juga mempunya caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. Antaranya adalah:-

Anda boleh mengetahui cara-cara penjagaan bateri kereta anda dengan lebih lanjut di https://centurybattery.com.my/cara-penjagaan-bateri-kereta/

Walau apa jenis bateri kereta yang anda gunakan sekarang, anda boleh terus menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837 untuk order bateri Century, bateri kereta terbaik anda sekiranya anda berada di dalam kawasan Lembah Klang. Anda juga boleh membuat pembelian bateri Century menerusi kedai rasmi kami di Lazada dan Shopee.

Selain itu, bateri Century juga boleh dibeli menerusi dealer Century. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri kereta yang berdekatan dengan anda.

Ikuti Facebook dan Instagram Century Battery Malaysia untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai promosi-promosi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *