[vc_row][vc_column][vc_column_text]Nampak macam mudah tapi bila bateri kong, adakah anda yakin untuk guna jumper kereta dengan cara yang betul? Kalau tersalah guna, bateri kereta mungkin boleh rosak dan lebih teruk lagi, ia juga boleh meletup! Jadi, untuk elakkan risiko yang boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit, ikut sahaja lima langkah mudah di bawah ini kalau anda ingin menggunakan jumper kereta. Sebelum itu, anda perlu menyediakan jumper kereta dan juga kereta bantuan dengan keadaan bateri yang baik ya!

  1. Pastikan enjin dan suis kedua-dua kenderaan dimatikan.

Untuk mengelakkan sebarang litar pintas yang mungkin berlaku, enjin dan suis kereta hendaklah dimatikan. Lebih baik jika kunci kereta pun dicabut daripada suis.

  1. Sambung kabel jumper MERAH kepada terminal positif kedua- dua bateri kereta

Pastikan kabel berwarna merah disambungkan kepada terminal positif bateri. Satu penghujung disambungkan kepada terminal positif bateri kong. Manakala, lagi satu penghujung disambungkan kepada terminal positif bateri kereta bantuan. Anda boleh lihat pada badan bateri kereta untuk mengenalpasti terminal positif dan negatif.

  1. Sambung kabel jumper HITAM pada terminal negatif kereta bantuan dan satu lagi kepada “grounding” kereta bateri kong.

Seterusnya, sambungkan pula kabel berwarna hitam. Satu penghujung disambungkan pada “grounding” kereta bateri kong. Manakala, lagi satu penghujung disambungkan pada terminal negatif bateri kereta bantuan.

  1. Hidupkan enjin kereta bantuan

Kini, biarkan pengecasan berjalan. Hidupkan enjin kereta bantuan selama 3 minit.

  1. Hidupkan enjin kereta bateri kong

Selapas enjin kereta berjaya dihidupkan, buka jumper kereta dan panaskan enjin kereta untuk beberapa minit. Lebih baik jika anda pandu kereta selama lebih kurang 10 minit untuk altenator mengecas bateri kereta.


Cara Guna Jumper Kereta Dengan Betul Dan Selamat (Infografik) | Century Battery
 

Masih tidak boleh hidup lepas jumper kereta?
Salah satu kemungkinan adalah disebabkan oleh altenator rosak. Untuk memastikan sama ada bateri kereta rosak ataupun altenator rosak, sila baca artikel ini: https://centurybattery.com.my/bateri-kereta-kong-atau-alternator-yang-rosak/

Tukar bateri kereta baru
Jika anda ingin tukar bateri kereta kong kepada yang baru, panggil sahaja Century Battery Assist di talian 1-800-228837 dan rider Century Battery Assist akan datang dalam masa 45 minit bantu anda! Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma!*.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:
Lembah Klang
Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
Melaka– Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
Kedah– Sg Petani, Kulim
Perak– Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
Kelantan– Kota Bahru town
Sarawak – Kuching

Beli Bateri Century Dari Kedai / Bengkel Kereta
Anda juga boleh mengunjungi kedai bateri kereta terdekat. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon kedai bateri atau bengkel kereta.

Untuk anda yang ingin memasang bateri kereta sendiri, sila baca artikel: https://centurybattery.com.my/ms/panduan-keselamatan-untuk-tukar-bateri-kereta-sendiri/

Beli Bateri Century Secara Online
Bateri Century juga dijual secara online di kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) dan di Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *