[vc_row type=”in_container” el_class=”post_blog_text”][vc_column][vc_column_text]Ingin menukar kereta anda? Mulakan dengan memeriksa kereta terlaris di Malaysia!

Untuk jenama Proton, kereta terlaris mereka adalah Proton Saga, Proton Persona, Proton X50, dan Proton X70.  Manakala untuk Perodua, kereta-terlaris mereka pula adalah Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Bezza, Perodua Alza, dan Perodua Aruz.

Walaupun jenama kereta ini mempunyai banyak model untuk memenuhi setiap keperluan anda, ia adalah penting juga untuk memahami bahawa mereka juga mempunyai reka bentuk enjin yang berbeza- terutamanya untuk Perodua.

Secara umumnya, mereka datang dari sama ada enjin start-stop atau bukan start-stop- dan memerlukan jenis bateri yang berlainan.

1. Enjin Start-Stop: Perodua Eco-Idle System

Enjin start-stop Perodua juga dikenali sebagai Eco-idle. Mereka mempunyai nama yang tersendiri kerana enjin start-stop mengurangkan perlepasan CO2 apabila berhenti untuk beberapa seketika.  Jadi, model kereta Eco-idle adalah antara model kereta yang mesra-alam.

Beberapa kereta kebangsaan yang terlaris dengan system Eco-idle adalah Perodua Myvi Advance, Perodua Bezza Advance, dan Perodua Aruz.

Apakah itu enjin start-stop?

Enjin start-stop bergantung kepada pelbagai sensor untuk mengesan pelbagai mod operasi kereta. Sensor ini merangkumi sensor neutral gear, sensor crankshaft sensor, dan sensor kelajuan roda. Apabila sensor mengesan kereta berhenti, enjin akan berhenti secara automatic, walaupun ia adalah hanya berhenti beberapa saat sahaja seperti dalam kesesakan lampu isyarat atau di jalan raya. Sebaik sahaja pemandu menggunakan pedal kereta, enjin akan mula berfungsi semula. Sekarang, bagaimana sistem kereta lain berfungsi apabila enjin kereta dimatikan di lampu isyarat?  Jawapannya ialah bateri kereta membekalkan kuasa kepada sistem. Oleh itu, adalah penting untuk dapatkan jenis bateri kereta yang tepat agar memberikan lebih permulaan enjin kepada kereta anda dan juga lebih kuasa!

Bateri yang tepat

Berikut adalah beberapa saiz bateri dan jenama bateri kereta yang disyorkan untuk enjin start-stop.

Enjin Start-Stop perlukan EFB atau Enhanced Flooded Battery untuk memaksimumkan prestasi. EFB mempunyai dalam ciri kitaran yang mendalam (deep cycle feature) sehingga dapat menahan engkol (Start kereta / permulaan enjin kereta) yang banyak kali dan lebih cekap untuk kitaran pengisian elektrik semula. Bateri M42 ialah pilihan utama untuk Perodua Myvi Advance dan Perodua Bezza Advance, manakala bateri size M42R adalah untuk  Perodua Aruz.

Perlu diingati bahawa, Perodua Myvi versi lama tidak menggunakan jenis bateri Myvi yang sama dengan mempunyai enjn start-stop. Bateri Century Marathoner Max NS40ZL atau bateri 12V akan berfungsi dengan baik untuk Perodua Myvi versi lama atau non-start stop enjin.

Apakah kepentingan untuk memilih bateri yang tepat untuk kereta anda?

Memilih bateri yang tepat adalah penting untuk semua kereta. Saiz bateri yang sesuai ditentukan oleh size enjin dan ukuran ruang bateri serta faktor yang lain. Menggunakan bateri yang terlalu besar boleh menyebabkan pemanasan berlebihan dan akhirnya merosakkan bahagian kereta yang lain. Manakala menggunakan bateri yang bersaiz kecil juga tidak akan memberikan tenaga yang mencukupi serta mempengaruhi prestasi kereta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis bateri dan saiz bateri kereta yang sesuai untuk anda, sula gunakan carta saiz bateri atau pencari bateri (https://centurybattery.com.my/find-the-battery-for-your-car/ ). Anda juga boleh rujuk manual kereta untuk mengenalpasti saiz bateri kereta yang berpatutan. Selain itu, anda juga boleh dapatkan saiz bateri atau model bateri yang tepat melalui group size bateri yang tertulis pada bateri kereta yang asal.

2. Model kereta kebangsaan bukan enjin jenis start-stop (Non-start stop enjin)

Jenis enjin yang lain adalah enjin bukan jenis start-stop bagi kebanyakan model kereta. Ini termasuk  Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Bezza, Perodua Alza, Proton Saga, Proton Persona, Proton X50, dan Proton X70.

Saiz bateri yang sesuai

Kereta model yang bukan jenis start-stop enjin adalah biasa dalam pasaran. Terdapatlah pelbagai saiz bateri yang sesuai dengan model-model ini. Pilihan bateri kereta yang disyorkan adalah:

Perodua

NS40ZL adalah pilihan yang sesuai untuk bateri Myvi begitu juga untuk Perodua Bezza dan Perodua Axia dengan enjin bukan jenis start-stop.

Proton

Proton Saga dan Proton Persona, model dari tahun 2016 hingga tahun 2021, menggunakan bateri NS60S. Manakala untuk model yang lama seperti Proton Persona, dari model tahun 2007 hingga model tahun 2015 mereka menggunakan bateri size DIN55R. Untuk Proton X50 perlukan bateri size DN55L, manakala untuk Proton X70 perlukan bateri size DIN75L, dimana bateri ini disyorkan adalah untuk prestasi yang tahan lebih lama.

Kenapa pilih Bateri Century?

Bateri Century mematuhi piawaian antarabangsa dan dijamin memberikan prestasi bebas penyelenggaraan (Maintenance-free) dan tahan lama, dengan lebih banyak permulaan enjin dan lebih banyak tenaga untuk menjadikan kereta anda berjalan dengan lancar ketika anda memerlukannnya. Lihat Century Excel dan Century Marathoner Max hari ini!

Bagaimana dan di manakah saya boleh dapatkan Bateri Century?

Century Battery Assist

Cari bateri yang disyorkan dari laman web Century Bateri dan nikmati perkhidmatan penghantaran 24jam. Hubungi Century Battery Assist melalui WhatsApp (www.wasap.my/60172935515), atau melalui laman web di https://centurybattery.com.my/services-2/ – dan kami akan hantarkan bateri kereta terus ke rumah anda dalam masa 30 minit.

Kedai Rasmi atau Official Store Lazada dan Shopee

Kunjungi kedai Lazada dan Shopee rasmi kami untuk membeli bateri baru kenderaan anda. Nikmati perkhidmatan penghantaran dan pemasangan yang kami sediakan dengan pembelian bateri yang baru.

Shopee: 

Lazada: 

Century Battery Dealers

Selain itu, anda boleh juga mencari dealer Century yang terdekat untuk memeriksa kenderaan dan saiz bateri kenderaan anda. Gunakan Century Dealer Finder at https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk dapatkan maklumat Century dealer atau kedai bateri kereta yang terdekat.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *