Jumpstarts BM / Posted on

5 Cara Untuk Mengetahui Keadaan Bateri Kereta Terbaik

KEPENTINGAN MENGETAHUI KEADAAN BATERI KERETA TERBAIK

Pernahkah anda mengalami masalah bateri kong dan kereta mati di tengah jalan? Memang mimpi yang ngeri bukan? Jadi untuk entry kali ini, terdapat sedikit perkongsian untuk anda mengetahui keadaan bateri kereta terbaik untuk kenderaan anda, samada ianya masih boleh digunakan atau sudah tiba waktu untuk anda tukar bateri kereta anda!

Bateri kereta berfungsi untuk membekalkan arus eletrik untuk menghidupkan enjin kereta. Malahan bateri kereta juga turut membekalkan arus elektrik untuk digunakan ketika enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Oleh itu, ianya amat lah penting untuk mengetahui jika bateri adalah dalam keadaan  terbaik mahupun sebaliknya.

Jadi anda tak perlu berpanas di bawah cahaya matahari terik apabila kereta tak boleh start secara tiba-tiba. Di bawah terdapat 5 cara mudah untuk anda memeriksa keadaan bateri kereta anda!

1. “STARTER” ELEMEN PENTING UNTUK MENGETAHUI KEADAAN BATERI KERETA TERBAIK

Jika starter kereta berpusing sedikit berat atau perlahan, itu merupakan tanda bateri kereta lemah. Bagaimana untuk anda mengetahuinya? Apabila anda cuba untuk menghidupkan kereta, anda akan dapat merasakan apabila “starter” menggerakkan “crankshaft” sedikit berat atau lebih lama daripada biasa.

Kebiasaannya, bateri kereta terbaik hanya memerlukan 3 hingga ke 5 saat untuk dihidupkan tetapi jika bateri kereta hampir kong, maka kereta anda akan mengambil masa yang lebih lama iaitu 5 hingga ke 7 saat. Ini menandakan bateri kereta anda bukan dalam keadaan bateri kereta terbaik.

 

2. “JUMP START” KETIKA SEJUK

Jika anda perlu “jump start” kereta anda pada waktu sejuk, ia menandakan bateri kereta anda bukan dalam keadaan bateri kereta terbaik. Waktu sejuk boleh dikategorikan ketika waktu pagi dan waktu hujan. Kenapa ianya terjadi? Ini berlaku kerana keasidan bateri semakin menurun pada waktu sejuk dan menyebabkan enjin kereta tak boleh start.

Pada saat ini jumper bateri kereta memainkan peranan sangat penting jika anda tidak mahu terlambat ke tempat kerja setiap pagi! Anda boleh rujuk di bengkel berdekatan untuk mengetahui Cold Cranking Amphere (CCA). Dengan ini, anda boleh sentiasa alert dengan keadaan bateri kereta terbaik kenderaan anda.

3. BATERI KERETA KEMBUNG

Kebiasaannya, bateri kereta yang telah digunakan terlalu lama akan membengkak atau menjadi kembung apabila alternator cuba memberikan cas kepada bateri. Ini bukan disebabkan oleh alternator rosak, tetapi kerana keadaan bateri yang mungkin mencapai jangka hayatnya yang menyebabkan ia tidak dapat lagi menerima cas daripada alternator. Seterusnya bateri tidak dapat dicas dan akhirnya menyebabkan bateri kong.

 

4. BATERI BERBAU

Bau tengik dan bau asid dapat dihidu sejurus anda membuka bonet kereta anda. Ini menandakan bateri kereta bukan lagi bateri kereta terbaik untuk digunakan. Terdapat juga sesetengah kes di mana bau ini dapat dihidu sampai ke dalam kabin kereta. Jika ini berlaku, anda sudah boleh berkira-kira untuk menukar bateri kereta sebelum bateri kereta lemah dan seterusnya menyebabkan kereta tak boleh start. Anda pasti tidak mahu memandu sambil menghidu bau yang kurang enak sepanjang perjalanan!

 

5. “ALARM” BERBUNYI TIDAK MENENTU

Jika alarm kereta anda tiba-tiba berbunyi secara tidak menentu, ini menandakan bateri kereta bukan dalam keadaan bateri kereta terbaik! Ini kereta bateri kereta lemah dan sudah mula menjadi tidak stabil. Tetapi, anda juga boleh memeriksa bateri remote “Alarm” kereta anda juga untuk memastikan keadaan tersebut. Jika remote yang bermasalah, bateri kereta anda masih dalam keadaan terbaik!

 

 

Anda boleh mengetahui keadaan bateri kereta terbaik untuk kenderaan anda dengan mengikuti 5 langkah mudah diatas! Namun jika setelah mengikuti 5 cara mudah ini dan kereta anda mula menunjukkan tanda bateri kereta lemah, anda  boleh menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. Kami akan menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan penghantaran percuma, pemasangan dan servis percuma berdasarkan jenis bateri anda di Klang Valley 24 jam*! (*Tertakluk pada terma dan syarat). Sila layari https://centurybattery.com.my/ms/services-2/.

Anda juga boleh mengunjungi kedai bateri atau bengkel kereta berdekatan untuk periksa bateri kereta anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Anda pasti tidak mahu kereta anda tersadai ditepi jalan bukan? Bak kata pepatah melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna! Sila layari laman web Century Battery (https://centurybattery.com.my/) dan ikuti Facebook Century Battery Malaysia untuk maklumat lebih lanjut!

5 Cara Untuk Mengetahui Keadaan Bateri Kereta Terbaik