Jumpstarts BM / Posted on

Antara Sebab Utama Kereta Tak Boleh Start

Sebahagian besar dari kalangan rakyat Malaysia pernah mengalami situasi yang tidak diingini ini, lagi-lagi jika mahu bergegas ke tempat kerja pada awal pagi. Tambahan pula jika sedang berhenti di lampu isyarat di jalan yang penuh dengan kereta lain. Situasi yang popular ini adalah situasi kereta tak boleh start.

Sebolehnya semua orang mahukan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah. Tetapi, masalah ini sering berlaku ketika kita tidak menjangkakannya. Banyak perkara yang boleh menimbulkan masalah kereta tak boleh start. Sebelum situasi ini berlaku pada anda, mari kita lihat beberapa punca utama kereta tak boleh start dalam senarai di bawah.

 

1. Gear lever pada tempat lain selain ‘P’ or ‘N’

Ini adalah punca masalah yang paling mudah untuk diselesaikan. Untuk pengetahuan anda, kereta tak boleh start kalau gear lever anda berada di kedudukan ‘D’, ‘R’, ‘1’, ‘2’. Kereta hanya boleh start jikalau anda mengubah kedudukan gear lever anda kepada ‘P’ or ‘N’. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kemalangan berlaku sebaik sahaja anda menghidupkan kereta anda kerana kereta anda sedang berada di dalam keadaan parking (‘P’). Kedudukan gear selain ‘P’ or ‘N’ tidak membenarkan kereta dihidupkan kerana berkemungkinan besar kereta anda akan meloncat atau bergerak dengan sendiri sebaik sahaja dihidupkan. Perkara ini kelihatan remeh tetapi kerap berlaku. Jadi pastikan gear anda di kedudukan yang betul sebelum kereta dihidupkan.

 

2. Steering Lock

Sesetengah kereta mempunyai steering lock. Tujuan steering lock ini adalah untuk sekuriti supaya kereta anda tidak mudah untuk dicuri. Steering lock ini juga membuatkan kereta tak boleh start. Sangat mudah untuk selesaikan masalah ini. Anda hanya perlu pusingkan sedikit steering sambil pusingkan kunci kereta anda.

 

3. Palam Pencucuh (Spark Plug) Rosak

Pada kebiasaannya masalah palam pencucuh (spark plug) rosak ini boleh diketahui ketika anda memandu kereta. Jika anda merasakan kereta anda perlahan ataupun berat walaupun setelah menekan minyak dengan kuat berbanding biasa, itu tandanya spark plug kereta anda sudah mempunyai masalah. Kemudian, anda juga akan susah untuk menghidupkan kereta anda selepas enjin dimatikan. Situasi ini membuatkan anda perlu memusingkan kunci kereta beberapa kali untuk menghidupkan enjin, atau dengan kata lain, kereta anda seakan-akan semput. Apabila sampai satu masa, kereta anda tidak boleh dihidupkan langsung. Hal ini adalah disebabkan spark plug yang telah rosak itu tidak mampu untuk memulakan sistem pembakaran enjin. Untuk masalah ini, anda perlu memanggil mekanik untuk menukaran spark plug yang rosak itu kepada yang baru.

 

4. Bateri Kereta Kong

Salah satu punca popular kenapa kereta tak boleh start adalah disebabkan bateri kereta kong atau bateri kereta lemah. Tugas utama bateri kereta adalah untuk membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk menghidupkan enjin. Jadi, jika bateri kereta anda lemah, ia tidak mampu untuk menghidupkan kereta anda. Anda boleh cuba menghidupkannya dengan menggunakan jumper bateri kereta. Jika tidak berjaya juga, sudah tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta.

Bukan itu sahaja, berkemungkinan juga ia disebabkan alternator rosak atau mempunyai masalah. Alternator juga adalah komponen yang sangat berkait rapat dengan bateri kereta. Alternator bertugas untuk mengecas semula bateri kereta anda ketika kereta sedang bergerak.

Jenis Bateri Kereta

Terdapat dua jenis bateri kereta iaitu sel basah dan sel kering. Bateri sel basah terdapat ruangan untuk mengisi air bateri kereta. Ruang air bateri ini perlu disemak setiap 5,000km perjalanan ataupun setiap kali anda servis kereta. Air bateri kereta hendaklah diisi dengan air yang baru untuk mengekalkan bateri dalam keadaan yang baik.

Lain pula dengan bateri sel kering. Bateri kereta sel kering tidak mempunyai ruangan mengisi air bateri kereta. Bateri jenis ini hanya perlu diperhatikan menurut lampu amaran di dashboard kereta. Jika lampu amaran bateri anda menyala, itu adalah tanda bateri kereta lemah dan perlukan pertukaran dengan segara untuk mengelakkan gejala kereta tak boleh start.

Jika anda menggunakan kereta era baru, berkemungkinan besar anda akan menggunakan pelbagai peralatan elektrik yang memerlukan bateri untuk berfungsi. Contohnya seperti radio dan sensor. Alat-alat ini mendapat kuasa daripada bateri kereta anda. Perkara yang sama akan berlaku jika anda mengecas telefon pintar ataupun tablet anda menggunakan ruangan mengecas di dalam kereta. Jadi bateri kereta anda akan lebih cepat lemah berbanding kereta yang tidak menggunakan alat-alat ini. Kebiasaannya, bateri kereta anda akan menunjukkan tanda-tanda ia lemah selepas 12 hingga 15 bulan digunakan.

 

Penyelesaian Terbaik Anda

Dengan beberapa punca yang telah disenaraikan di atas, anda boleh mengetahui antara sebab-sebab kereta tak boleh start. Masalah kecil seperti kedudukan gear lever dan steering lock boleh diselesaikan sediri. Tetapi jika anda mempunyai masalah bateri kong atau bateri kereta lemah, anda boleh menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. Order bateri kereta terbaik anda secara online!

Kami akan menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan penghantaran, pemasangan dan servis percuma berdasarkan jenis bateri kereta anda. Kami sentiasa berkhidmat 24 jam di Klang Valley!

Anda tidak perlu lagi ke kedai bateri atau bengkel kereta berdekatan untuk periksa bateri kereta anda dengan servis bateri kereta online Baterry Assist! Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Tiada siapa mahukan pengalaman kereta tak boleh start di saat-saat genting ataupun pada bila-bila masa yang perlu menggunakan kereta. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama belajar cara untuk mengatasi masalah ini! Jom layari Facebook Century Battery untuk maklumat lebih lanjut!

Antara Sebab Utama Kereta Tak Boleh Start