Jumpstarts BM / Posted on

Bateri kereta kong ketika PKPB? Century Battery Assist kan ada!

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kembali dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020. Lagi sekali, kita harus kurangkan pergerakan keluar rumah ketika PKPB dan ini akan mengurangkan penggunaan kereta. Tetapi bagi anda yang masih bekerja di pejabat dan memandu, anda tidak perlu risau jika bateri kereta anda kong secara tiba-tiba. Ini kerana Century Battery Assist masih bersedia untuk anda!

Talian Hantar dan Pasang Bateri Kereta – Century Battery Assist – 1-800-228837
Anda hanya perlu hubungi 1-800-228837 jika bateri kereta kong dan kereta tak boleh start. Rider Century Battery Assist akan datang dalam masa 45 minit untuk tukar bateri kereta anda. Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma*.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:
Lembah Klang
Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
Melaka– Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
Kedah– Sg Petani, Kulim
Perak– Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
Kelantan– Kota Bahru town
Sarawak – Kuching

Bateri-kereta-kong-ketika-PKPB-Century-Battery-Assist-kan-ada 1   Bateri-kereta-kong-ketika-PKPB-Century-Battery-Assist-kan-ada 2

Untuk Anda Yang Tidak Menggunakan Kereta Semasa PKPB
Anda dinasihatkan supaya menghidupkan enjin kereta seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda lemah dan seterusnya kong. Rev-kan sehingga 2,000 rpm selama 5 minit dan biarkan ia hidup 10 minit lagi.

Beli Bateri Kereta Century Dari Kedai / Bengkel Kereta
Anda juga boleh mengunjungi kedai bateri kereta terdekat untuk pembelian bateri kereta. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon kedai bateri atau bengkel kereta.

Untuk anda yang ingin memasang bateri kereta sendiri, sila baca artikel: https://centurybattery.com.my/ms/panduan-keselamatan-untuk-tukar-bateri-kereta-sendiri/

Beli Bateri Kereta Century Secara Online
Untuk anda yang berkerja di rumah dan sibuk dengan kerja serta kerja rumah, jangan risau! Anda juga boleh beli bateri Century secara online dari kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) ataupun dari Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat.

Walaupun kita berada di dalam tempoh PKPB, kita juga harus memberikan perhatian kepada kereta dan bateri kereta kerana ia mungkin diperlukan secara tiba-tiba pada saat yang penting. Namun begitu, kurangkan pergerakan anda dan duduk rumah dan bersama-sama kita flatten the curve! #KitaJagaKita #DudukRumah #DisiplinMalaysia #PKPB

Bateri kereta kong ketika PKPB? Century Battery Assist kan ada!