Jumpstarts BM / Posted on

Jenis bateri kereta yang manakah sesuai untuk anda?

Kini, ramai yang lebih memilih untuk menyelenggara kereta sendiri selagi boleh demi mengurangkan kos perkhidmatan. Lebih-lebih lagi bila ia berkaitan dengan bateri kereta kerana cara untuk menyelenggaranya mudah saja untuk dipraktikkan. Tetapi, sebelum anda mula membeli bateri kereta yang baru, anda perlu mengetahui jenis dan faktor pemilihan bateri kereta untuk memilih bateri yang sesuai untuk kenderaan anda.

Antara faktor penting untuk memilih bateri kereta adalah jenis bateri dan saiz kumpulan bateri kereta.

Jenis Bateri Kereta

Secara asasnya, bateri kereta terbahagi kepada dua jenis utama iaitu:

  1. Low Maintenance Battery (sel basah) dan;
  2. Free Maintenance Battery (sel kering)

Untuk mengetahui lebih perbezaan antara bateri sel kering dan sel basah, sila baca di sini https://centurybattery.com.my/ms/apa-beza-bateri-kereta-basah-dan-bateri-kereta-kering/

Saiz Kumpulan Bateri Kereta

Pertama sekali, anda perlu pastikan bentuk fizikal bateri. Terdapat bateri kereta bersaiz kecil, sederhana mahupun besar. Ukuran lebar, ketinggian dan ketebalan juga adalah berbeza. Begitu juga dengan kedudukan terminal.

Selain daripada itu, anda juga perlu memilih saiz kumpulan Amp Hours (AH), Cranking Amps (CA), Cold Cranking Amps (CCA) dan juga Reverse Capacity (RC) yang sesuai untuk kenderaan anda.

Peringatan untuk Bateri Kereta Tahan Lebih Lama

Jangan memasang bateri kereta yg berkapasiti kecil untuk menampung sistem elektrik yang tinggi bagi memastikan bateri mendapat cas yang secukupnya. Sila merujuk kepada Manual Kenderaan agar bateri yang sesuai dipasangkan.

Kereta berteknologi Start-Stop kini semakin popular di Malaysia. Antara jenama kereta yang popular di Malaysia adalah Perodua, Mazda dan Nissan juga mempunyai enjin berteknologi ”Start-Stop”. Kereta jenis ini pula memerlukan bateri kereta EFB dan bukannya bateri kereta yang biasa atau dikenali sabagai “Regular Flooded Battery”. Bateri EFB ini adalah direka khas untuk kereta berteknologi Start-Stop. Bateri EFB juga mempunyai 3 kali ganda daya kitaran. Untuk pengetahuan lebih mendalam tentang bateri EFB, sila baca di sini https://centurybattery.com.my/ms/ketahui-kegunaan-bateri-efb-untuk-kereta/

Jenis-bateri-kereta-yang-manakah-sesuai-untuk-anda

Tidak kira apa jenis bateri yang anda perlukan, samada sel basah, sel kering ataupun bateri EFB, kami ada kesemuanya. Anda hanya perlu menghubungi talian Century Battery Assist kami di 1-800-228837 dan kami akan tukar bateri kereta anda. Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:

  • Lembah Klang
  • Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
  • Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
  • Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
  • Melaka– Melaka, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
  • Kedah– Sg Petani, Kulim
  • Perak– Ipoh, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
  • Kelantan– Kota Bahru
  • Sarawak – Kuching, Miri

 

Jika anda ingin menukar bateri kereta sendiri, anda boleh dapatkan bateri Century dari kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) ataupun dari Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os).

 

Anda juga boleh kunjungi pengedar kami yang dekat dengan anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

Jenis bateri kereta yang manakah sesuai untuk anda?