Uncategorized / Posted on

MCO Buat Bateri Kereta kong? Duduk rumah je, kami datang!

Majoriti rakyat Malaysia telah mula bekerja dari rumah ataupun work from home sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP / MCO) dimulakan pada 18 Mac 2020. Walaupun begitu, anda dibenarkan keluar dari rumah jika mempunyai alasan yang munasabah, contohnya untuk membeli barang basah ataupun ke klinik. Jadi, kereta anda dan bateri kereta juga perlu berada dalam keadaan sentiasa bersedia supaya boleh digunakan jika terdapat sebarang kecemasan yang berlaku secara tiba-tiba.

Namun begitu, ramai yang terlupa akan hal ini dan tidak sengaja telah meninggalkan kereta sendiri tanpa start selama berminggu-minggu. Bila ada kecemasan, baru tahu bahawa kereta tak boleh start kerana bateri kereta kong. Tidak kiralah bateri itu baru ataupun sudah lama, hal ini perlu diambil berat supaya dapat memudahkan kita di kemudian hari.

 

Tetapi, kenapa bateri kereta boleh kong?

Sebab kereta jarang bergerak.

Semua jenis kereta perlu bergerak dengan kerap dalam suatu jarak yang membolehkan bateri kereta dicaj. Kalau tidak, ia akan cepat kong. Perjalanan yang panjang dan kerap boleh gandakan jangka hayat bateri kereta anda.

Oleh kerana itulah anda perlu sekurang-kurangnya start kereta anda seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda lemah dan seterusnya kong. Rev-kan sehingga 2,000 rpm selama 5 minit dan biarkan ia hidup lagi 10 minit.

 

Kalau anda perlu gunakan kereta tetapi bateri kereta sudah kong, cuba cara ini:

  1. Tukar bateri kereta sendiri

Sebenarnya, anda boleh tukar bateri kereta anda sendiri jika tiada bengkel kereta terdekat yang buka pada masa ini. Anda hanya perlukan bateri yang baharu untuk ditukar. Kalau nak menghubungi kedai bateri terdekat pun boleh. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan nombor telefon, alamat atau lokasi kedai bateri. Jadi, anda mungkin terfikir beli bateri kereta secara online dan tukar bateri kereta sendiri. Untuk panduan menukar bateri kereta sendiri, anda boleh baca selanjutnya di sini: https://centurybattery.com.my/ms/panduan-keselamatan-untuk-tukar-bateri-kereta-sendiri/

  1. Gunakan servis kami!

Cara kedua ini mudah sahaja! Anda hanya pelu menghubungi talian Century Battery Assist kami di 1-800-228837 dan kami akan hantar dan tukarkan bateri kereta anda! Biasanya, Century Battery Assist berkhidmat 24 jam. Tetapi sekarang, waktu operasi Century Battery Assist semasa MCO adalah 8am – 6pm. Kawasan penghantaran Century Battery Assist termasuk:

  • Kawasan Lembah Klang
  • Johor – Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
  • Pulau Pinang – Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
  • Negeri Sembilan – Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
  • Melaka – Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
  • Kedah – Sg Petani, Kulim
  • Perak – Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
  • Kelantan – Kota Bahru

Anda juga boleh dapatkan bateri Century dari kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) ataupun dari Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os).

Pada saat yang genting ini, sebaiknya anda perlu sentiasa bersedia dan menjaga kereta anda supaya bateri kereta tidak kong dan boleh digunakan semasa kecemasan berlaku. Walaupun perlu duduk rumah sahaja, penjagaan kereta juga adalah sama penting tau. #KitaJagaKita #DudukRumah #MCO

MCO Buat Bateri Kereta kong? Duduk rumah je, kami datang!