[vc_row][vc_column][vc_column_text]Tips jaga kereta. Elak masalah kereta tak boleh start semasa PKP

PKP di seluruh negara selama 14 hari bermula dari 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Disebabkan pergerakkan dan aktiviti terhad, dan kami dirasankan agar “Stay at home” sepanjang tempoh PKP yang lama ini.

Apa yang akan terjadinya?

Kebanyakkan kereta akan terletak di rumah sahaja.  Kereta juga akan menjadi kotor dan berhabuk. Sekiraanya kereta terbiar lama dan tidak start, masalah seperti kereta tak boleh start akan berlaku. Yang paling kerap berlaku adalah seperti isu bateri kereta kong atau kereta habis bateri, tayar tak ada angin, tayar pancit, serta wiper juga mungkin akan rosak.

Masalah-masalah berikut boleh dielakkan dengan penyelesaian dibawah.

Tips penjagaan bateri kereta anda perlu tahu:

  1. Start kereta setiap minggu

Bateri kereta adalah komponen penting dalam sistem elektrik kereta. Jangka hayat bateri kereta bergantung pada penjagaan dan prestasinya. Biasanya di Malaysia, konsumer tukar bateri kereta setiap dua tahun atau kebanyakkan tukar bateri kereta hanya semasa kereta habis bateri. Fungsi bateri kereta adalah membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin kereta dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Apabila kereta terbiar dan tidak start sepanjang PKP atau sepanjang tempoh yang lama, kuasa bateri akan berkurang atau dikenali sebagai self-discharge. Jadilah masalah kereta habis bateri atau kereta tak boleh start.

Perlu diingatkan bahawa enjin kereta perlu dihidupkan sekurang kuranya 2 kali seminggu. Rev sehingga 2000RPM untuk 5 minit, biarkan enjin kereta hidup selama 10 minit lagi. Ikut car ini agar elak kereta habis bateri.

Selain daripada cara di atas, memandulah setiap kereta anda semasa anda keluar untuk membeli barang-barang keperluan.

Periksa air bateri

Sekiranya anda menggunakan bateri jenis basah, periksalah paras air bateri sekurang kurangnya seminggu sekali. Jika airnya kurang, tambahkan air bateri (distilled water). Sekiranya anda menggunakan bateri kering atau maintenance free bateri, anda tidak perlu periksa air bateri, kerana bateri maintenance free adalah direka agar tidak perlu tambah air bateri.

  1. Bersihkan terminal bateri

Bersihkan terminat bateri kereta dengan berus dawai berserta bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid. Proses hakisan berlaku pada terminal bateri kereta akibat daripada proses pengecasan dan nyah-cas yang berlaku secara berkala. Habuk-habuk putih yang terhasil pada terminal bateri akan menjejaskan jangka hayat bateri kereta. Jadi, memastikan terminal bateri sentiasa bersih.

  1. Guna bateri yang berkualiti

Guna bateri kereta terbaik dan berkualiti. Dalam kes tertentu, bateri boleh bertahan melebihi 2 tahun jika dijaga dan digunakan dengan baik. Bateri kereta yang berkualiti juga kebiasaanya disertakan dengan waranti. Sekiranya anda telah tukar bateri kereta anda dengan Century Battery, sila daftarkan waranti bateri anda dengan menggunakan Century Care App. Layari laman web Century Battery Warranty https://centurybattery.com.my/ms/century-care-ewarranty/ untuk maklumat lebih lanjut mengenai Century Battery Warranty dan aplikasi telefon Century Care.

Tips penjagaan kereta lain yang anda perlu tahu:

  1. Cover atau letak kereta di tempat yang berbumbung

Pastikan kereta diparking di tempat yang berbumbung atau bertutup supaya cat kereta lebih kekal lama dan tidak merekah. Di samping itu, letak kereta di tempat berbumbung dapat mengurangkan sejatan air bateri. Apabila air bateri tersejat, maka cas bateri pun berkurangan, ia boleh menjejaskan jangka hayat bateri kereta.

  1. Periksa angin tayar

Tekanan angin tayar yang mencukupi mempengaruhi prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek. Jadi, tayar yang kurang angin akan memberikan impak besar terhadap keselamatan ketika pemanduan.

  1. Angkat atau tegakkan wiper kereta

Angkat wiper kereta supaya getah wiper tidak menyerap haba daripada cermin dan boleh dipakai lama.

  1. Pastikan lampu berfungsi dengan baik

Ambil masa untuk pemeriksaan lampu kereta dapat berfungsi dengan baik.

Kereta habis bateri? Anda boleh pilih bateri kereta terbaik dan tukar bateri kereta disini. *Perkhidmatan tertakluk pada ketersediaan semasa PKP.

Cara Pertama

Layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/  dari century battery untuk tukar bateri kereta anda dengan dealer Century Battery!

Cara Kedua

Beli bateri kereta berserta servis hantar dan pasang bateri melalui tempahan telefon. Waktu operasi semasa PKP adalah 8 pagi sehingga 8 malam.

Tempah melalui talian mesra 1800228837 Century Battery Assist atau WhatsApp +6017-293 5515. Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis hantar dan pasang bateri Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:

Cara Ketiga

Tempah dan semak harga bateri Century Battery Assist melalui laman web di https://centurybattery.com.my/ms/services-2/ . Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat.

*Perkhidmatan tertakluk pada ketersediaan semasa PKP.

Cara Keempat

Century Battery juga dijual secara online di kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) dan di Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*. *Tertakluk pada terma dan syarat. *Perkhidmatan tertakluk pada ketersediaan semasa PKP.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *