Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 bakal tiba dalam beberapa hari lagi. Pastinya segelintir daripada anda masih belum menghidupkan kereta sepanjang PKP ini. Walaupun raya kali ini berbeza kerana semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung, anda dibenarkan untuk bergerak dalam daerah sendiri. Segolongan daripada anda tentu mempunyai keluarga yang berada dalam daerah yang sama. Jadi, sediakanlah kereta anda dan lalukan servis kereta kecil-kecilan sebelum keluar beraya dengan selamat. Ikuti tips mudah di bawah:-
- Periksa keadaan tayar
Periksa tekanan angin supaya tiada tayar yang pancit dan perhatikan permukaan tayar anda. Jika terdapat rekahan ataupun tayar sudah botak, anda perlu tukar tayar tersebut kerana ia boleh mendatangkan bahaya dengan meletup ketika kereta sedang bergerak.
- Periksa minyak enjin
Setiap kereta mempunyai dipstick untuk memeriksa keadaan minyak dalam tankungannya. Jika minyak enjin kurang, jangan lupa topup. Jika minyak enjin sudah berwana hitam, ataupun kereta sudah terlebih milage, bermakna anda perlu servis kereta di bengkel.
- Periksa minyak gearbox
Sama seperti periksa minyak enjin, ia juga mempunyai dipstick. Tetapi hanya untuk kereta automatik.
- Periksa air radiator
Pastikan air radiator tidak kering ataupun berkarat dan berbuih. Jika ini terjadi, servis kereta anda di bengkel kereta dan minta mekanik periksa samada radiator bocor ataupun tersumbat.
- Periksa pad brek/handbrake
Jika anda terdengar bunyi berdesing ketika anda menekan brek, maknanya pad brek anda sudah haus. Periksa pad brek anda di celah-celah rim tayar samada ia tebal lagi ataupun tidak.
- Periksa lampu kereta
Nampak remeh tetapi hal ini boleh menjadi penyebab kemalangan. Periksa semua lampu kereta anda dan pastikan ianya menyala. Termasuklah lampu brek. Jika tidak berfungsi, servis kereta anda di bengkel.
- Periksa altenator dan bateri kereta
Untuk periksa altenator, cuba buka kepala bateri berwarna hitam/neutral. Kalau kereta anda mati serta-merta, maknaya altenator anda sudah kong. Kalau langsung tidak boleh menghidupkan kereta, tandanya bateri kereta anda yang sudah kong.
Kalau bateri kereta kong, anda tidak perlu servis kereta di bengkel. Anda hanya pelu menghubungi talian Century Battery Assist kami di 1-800-228837 dan kami akan tukar bateri kereta anda. Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma*.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:
- Klang Valley
- Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
- Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
- Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
- Melaka– Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
- Kedah– Sg Petani, Kulim
- Perak– Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
- Kelantan– Kota Bahru town
- Sarawak – Kuching
Jika anda ingin menukar bateri kereta sendiri, anda boleh dapatkan bateri Century dari kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) ataupun dari Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Anda juga boleh kunjungi pengedar kami yang dekat dengan anda. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri. Untuk panduan menukar bateri kereta sendiri, anda boleh baca selanjutnya di sini: https://centurybattery.com.my/ms/panduan-keselamatan-untuk-tukar-bateri-kereta-sendiri/
Setelah memeriksa ataupun servis kereta anda, jangan lupa untuk beraya dengan selamat! Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan dan amalkan penjarakan sosial 1 meter ketika beraya. Elakkan berkumpul di tempat orang ramai ya. Selamat Hari Raya dan #StaySafe dari Century Battery Malaysia! #KitaJagaKita #DudukRumah