fbpx
Car Battery / Posted on

Kalau bateri kereta kong, jangan panik dulu! Cuba cara ini…

Baru je nak keluar jalan-jalan, tiba-tiba kereta anda tak boleh start! Semalam elok je, hari ini buat hal pulak. Bila cek, rupanya bateri kereta dah kong! Apa nak buat ni? Pagi-pagi ni kedai bateri kereta pun belum buka lagi…

Jangan panik dahulu! Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghidupkan semula bateri kereta anda sementara tunggu bengkel buka. Caranya mudah sahaja dan anda boleh lakukannya sendiri. Cuba baca di bawah ini.

Cara Hidupkan Semula Bateri Kereta Kong (Altenatif sementara!)

  1. Sambungan Terminal Bateri Okay Tak?

Cuba cek sambungan terminal bateri kereta anda. Pastikan ia bersambung dengan baik. Kalau masih ragu-ragu, anda boleh menggerakkan atau memutar sedikit sambungan itu untuk membetulkannya dengan berhati-hati.

  1. Bersihkan Terminal Bateri

Ada nampak serbuk putih di terminal bateri kereta anda? Kalau ada serbuk putih berkumpul di terminal bateri, cuba bersihkan dahulu. Serbuk putih ini boleh menyebabkan aliran elektrik dari bateri kurang efisyen tau.

  1. Buat Jumpstart

Ada jumper dalam kereta? Masa untuk buat jumpstart! Minta bantuan sesiapa yang berdekatan untuk jumpstart kereta anda. Tapi anda perlu pastikan kereta penderman mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar dari anda.

Kalau kereta anda dah boleh start, hidupkannya selama 15 minit dahulu supaya pengecasan bateri boleh berlaku. Dan jangan lupa, sebelum periksa terminal bateri, pastikan anda mematikan suis kereta dan cabut kunci terlebih dahulu tau! Perkara yang tidak diingini sepeti kejutan elektrik boleh berlaku jika anda memeriksa bateri kereta ketika suis kereta sedang hidup.

Kalau-bateri-kereta-kong-jangan-panik-dulu-cuba-cara-ini 2

Apa sebab bateri kong?

Bingung fikirkan kenapa tiba-tiba kereta tak boleh start sedangkan semalam tiada langsung masalah yang berlaku? Mungkin anda terlupa tutup lampu kereta malam semalam? Atau bateri kereta dah tamat tempoh?

Hal-hal ini perlu dititikberatkan kerana ia adalah antara punca utama kereta tak boleh start akibat bateri kereta kong. Tidak lupa juga untuk berikan perhatian kepada altenator. Kalau alternator rosak, ia tidak dapat mengecas bateri kereta, jadi bateri anda akan kong! Ada lagi penyebab bateri kereta kong yang anda boleh jumpa di sini: https://centurybattery.com.my/ms/top-9-fakta-bateri-kereta-yang-mungkin-penyebab-kereta-rosak/

Tetapi, kereta tak boleh start bukan hanya disebabkan oleh bateri kereta kong. Kadang-kadang, bateri kereta juga boleh rosak! Kalau nak tahu bateri kereta anda kong ataupun rosak, sila baca di sini: https://centurybattery.com.my/ms/5-cara-untuk-mengetahui-keadaan-bateri-kereta-terbaik/

 

Kalau kereta tak boleh dihidupkan langsung lepas mencuba cara-cara di atas, macam mana?!

Kalau-bateri-kereta-kong-jangan-panik-dulu-cuba-cara-ini 3

Lagi sekali, jangan panik! Anda hanya perlu menghubungi Century Battery Assist di talian 1-800-228837. Tidak kira siang atau malam, Century Battery Assist sentiasa berkhidmat 24/7 di Lembah Klang. Penghantaran dan pemasangan percuma tau untuk tukar bateri kereta anda. Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Anda juga boleh pesan bateri Century, bateri kereta terbaik anda secara online! Kalau nak kunjung kedai bateri kereta terdekat pun boleh. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat atau lokasi kedai bateri.

 

Kalau bateri kereta kong, jangan panik dulu! Cuba cara ini…