[vc_row][vc_column][vc_column_text]Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan ini, pasti ramai dalam kalangan anda yang perlu work from home, kan? Atas sebab ini, penggunaan kereta pun menjadi kurang. Tetapi andai kata anda perlu menggunakan kereta dan tiba-tiba kereta tak boleh start, adakah kereta rosak? Ataupun ada sebab-sebab yang lain?

Antara sebab kereta tak boleh start:

  1. Crank sensor telah rosak

Crank sensor adalah komponen yang membantu enjin untuk memulakan proses pembakaran dengan menghantar isyarat kepada sistem. Jadi, jika isyarat tidak dapat dihantar kerana crank sensor rosak, pembakaran enjin akan gagal.

  1. Masalah pada starter motor

Kadang-kala bila starter motor diketuk sambil kunci kereta diputarkan, kereta boleh lagi dihidupkan kalau starter belum rosak sepenuhnya. Tetapi lebih baik untuk anda bawa kereta anda ke bengkel untuk menukarkan starter motor yang baru kerana mungkin kereta tak boleh start untuk kali kedua.

  1. ECU tidak berfungsi dengan baik

Engine Control Unit (ECU) adalah seperti komputer untuk kereta. Aktiviti kereta dikawal oleh software yang telah disediakan. Sekiranya ECU terdapat masalah walaupun sedikit, kereta anda tidak boleh dihidupkan.

  1. Palam pencucuh (spark plug) rosak

Jika anda merasakan kereta anda berat atau perlahan walaupun anda telah menekan minyak dengan kuat, itu tandanya spark plug sudah mempunyai masalah. Hal ini juga boleh diketahui jika anda terpaksa memusingkan kunci kereta beberapa kali sebelum kereta start.

  1. Bateri kereta kong

Antara sebab popular adalah bateri kereta kong. Bateri kereta bertugas untuk membekalkan kuasa kepada setiap komponen dalam kereta. Jika anda banyak menggunakan peralatan elektronik dalam kereta, bateri akan cepat kong dan kereta tak boleh start.

Ada beberapa sebab lain yang juga menjadi punca kereta tak boleh start. Antaranya adalah kedudukan gear. Anda boleh baca lebih lanjut di sini: https://centurybattery.com.my/ms/antara-sebab-utama-kereta-tak-boleh-start/

Ada masalah bateri kereta?
Panggil sahaja Century Battery Assist di talian 1-800-228837 dan rider Century Battery Assist akan datang dalam masa 45 minit untuk tukar bateri kereta anda terus! Hanya pembayaran bateri kereta diperlukan kerana penghantaran dan pemasangan adalah percuma!*.
*Tertakluk pada terma dan syarat.

Servis Century Battery Assist meliputi lokasi seperti yang berikut:
Lembah Klang
Johor– Johor Bharu, Pontian, Kulai, Pasir Gudang, Skudai
Pulau Pinang– Penang Island, Butterworth, Bukit Mertajam, Seberang Perai
Negeri Sembilan– Seremban, Nilai, Senawang, Sendayan
Melaka– Melaka Town, Jasin, Bamban, Cheng, Batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah
Kedah– Sg Petani, Kulim
Perak– Ipoh town, Simpang Pulai, Taiping, Kemunting
Kelantan– Kota Bahru town
Sarawak – Kuching

Beli Bateri Century Dari Kedai / Bengkel Kereta
Anda juga boleh mengunjungi kedai bateri kereta terdekat. Sila layari https://centurybattery.com.my/find-buy-century-battery/ untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon kedai bateri atau bengkel kereta.
Untuk anda yang ingin memasang bateri kereta sendiri, sila baca artikel: https://centurybattery.com.my/ms/panduan-keselamatan-untuk-tukar-bateri-kereta-sendiri/
Beli Bateri Century Secara Online
Bateri Century juga dijual secara online di kedai rasmi kami di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/centurybatterymalaysia) dan di Shopee (https://shopee.com.my/centurybattery.os). Penghantaran dan pemasangan adalah percuma*.

*Tertakluk pada terma dan syarat.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *